Premium
Shila tak gentar dengan kritikan warganet
Sep 12, 2022 | 5:30 AM
SUDAH LALI DENGAN KONTROVERSI: Shila tidak kisah dikritik dari segi nyanyian kerana "lebih baik kritikan soal kerja berbanding peribadi". - Foto INSTAGRAM SHAHILA AMZAH -
KUALA LUMPUR: Penyanyi yang menempa nama di negara Tembok Besar China, Shila Amzah, 32 tahun, tak gentar kritikan warganet yang menganggapnya tidak layak menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) kerana masih aktif menyanyi.
Mengakui sudah lali dengan situasi sedemikian, Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, berkata, penyertaannya dalam program GV9 adalah untuk memperbaiki diri, selain ingin keluar daripada zon selesa.

