Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shuib bertunang dengan Watie, bakal nikah 23 Jun

May 6, 2023 | 9:52 PM
Foto INSTAGRAM SHUIB
Foto INSTAGRAM SHUIB -

PELAWAK dan penyampai Radio Suria FM, Shuib selamat bertunang dengan Watie Hanifah dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam,pada Sabtu (6 Mei).

Berita gembira itu dikongsi Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad pada hantaran berbentuk video di Instagram Story (IGs).

"Assalamualaikum, Shuib ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

"Hari ini 6 Mei 2023, Alhamdulillah, saya baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan Watie.

"Saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami.

"Doakan tau.. Selamat Hari Raya," kata Shuib yang tampak segak mengenakan baju Melayu cekak musang warna hijau pucuk pisang dalam video itu.

Sementara itu, memetik laporan Gempak, Shuib menghadiahkan tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie.

Pihak wanita pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.

Shuib dan Watie dijangka melangsungkan pernikahan pada 23 Jun.

Bulan lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikam Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.

Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarhamha Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11 tahun, Dzahira Talita Zahra, sembilan tahun, Ariq Matin, enam tahun, dan Ayash Affan, dua tahun.

Allahyarhamha Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. - BERITA HARIAN MALAYSIA (ONLINE)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg