Sihat dan sempurna... tapi main bola keranjang guna kerusi roda
Premium
Sihat dan sempurna... tapi main bola keranjang guna kerusi roda
Feb 3, 2018 | 5:30 AM

DEMI KERJA KEMASYARAKATAN: Encik Muhammad Farrhan Othman sengaja bermain bola keranjang menggunakan kerusi roda walaupun beliau sihat dan sempurna kerana itulah cara pemuda berusia 28 tahun ini melakukan kerja amal dan kemasyarakatan. - Foto BH oleh M.O. SALLEH -
DUA kali seminggu, Encik Muhammad Farrhan Othman akan duduk di atas kerusi roda sambil melantun-lantunkan bola di lantai serta mencampakkannya ke dalam jaring yang terdapat di gelanggang bola keranjang.
Pergerakan anak muda berusia 28 tahun itu memang amat ligat.

