BUDI pekerti yang baik, hati yang luhur dan sikap yang tidak mudah merungut apabila ditimpa masalah merupakan ciri-ciri yang membuatkan juruterbang Mohd Al-Adib Fahmi Harun, tertarik pada penyanyi Wany Hasrita. Ini dikongsi Adib, 30 tahun, ketika ditemui laman Artis Malaysia di majlis kesyukuran Ahad lalu menyusuli pernikahan mereka Jumaat lalu di Ruscus Hall Forest Valley. Kata Adib tentang Wany, juga 30 tahun: "Wany mempunyai hati yang baik dan sikap yang tidak suka merungut apabila ditimpa masalah. Dia juga sentiasa mengucapkan 'Alhamdulillah' dan tidak pernah bercakap buruk tentang orang lain. "Inilah yang membuatkan saya tertarik sehingga jatuh cinta padanya." Ditanya pula mengenai kesediaannya untuk memasuki 'dunia glamor' isteri tersayang selepas ini, Adib menjelaskan beliau okey sahaja selagi ia tidak mengganggu kehidupan peribadinya dan kerjayanya sebagai juruterbang. Laporan lanjut di Berita Harian esok (Rabu).