Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS DARI SEBERANG

Sikap baik hati, tak mudah rungut Wany Hasrita buat suami terpikat

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



BUDI pekerti yang baik, hati yang luhur dan sikap yang tidak mudah merungut apabila ditimpa masalah merupakan ciri-ciri yang membuatkan juruterbang Mohd Al-Adib Fahmi Harun, tertarik pada penyanyi Wany Hasrita.



Ini dikongsi Adib, 30 tahun, ketika ditemui laman Artis Malaysia di majlis kesyukuran Ahad lalu menyusuli pernikahan mereka Jumaat lalu di Ruscus Hall Forest Valley.



Kata Adib tentang Wany, juga 30 tahun:



"Wany mempunyai hati yang baik dan sikap yang tidak suka merungut apabila ditimpa masalah. Dia juga sentiasa mengucapkan 'Alhamdulillah' dan tidak pernah bercakap buruk tentang orang lain.



"Inilah yang membuatkan saya tertarik sehingga jatuh cinta padanya."



Ditanya pula mengenai kesediaannya untuk memasuki 'dunia glamor' isteri tersayang selepas ini, Adib menjelaskan beliau okey sahaja selagi ia tidak mengganggu kehidupan peribadinya dan kerjayanya sebagai juruterbang.



"Bagi saya, kalau peminat Wany setakat meminta untuk ambil gambar dan berborak biasa, itu tiada masalah. Asalkan, jangan sampai mengganggu kehidupan peribadi dan kerjaya saya.



"Untuk syarat Wany dalam meneruskan kerjaya seninya, saya mudah saja. Apa-apa yang dia akan buat atau dia tanya boleh buat ke tidak, selalunya saya akan tanya dia balik, kalau saya buat okey tak? Macam 'reverse psychology' (psikologi terbalik) sebab wanita memang selalu rasa dia yang betul kan?



"Apapun, syarat utama yang saya beritahu dia ialah labuhkan tudung. Itu paling utama. Untuk masak pula, zaman sekarang sudah berubah dan banyak kemudahan untuk mendapatkan makanan," tambah Adib.



Dalam pada itu, ketika ditanya apakah hidangan pertama yang sudah dimasak buat suaminya, Wany berkata buat masa ini, beliau masih belum berkesempatan lagi kerana mereka mahu memberi fokus terhadap penganjuran majlis kesyukuran yang diadakan itu.



"Apabila urusan majlis sudah selesai, esok barulah saya akan fikir nak masak apa untuk suami.



"Apa-apapun, biar kami selesaikan segala urusan majlis ini dulu," katanya yang masih belum memutuskan destinasi bulan madu dan juga tidak merancang cahaya mata.



Pada Jumaat lalu, dengan dua kali lafaz, Wany selamat bergelar isteri kepada Adib.



Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa Wany, Hasbullah Hassan, dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.




"Wany mempunyai hati yang baik dan sikap yang tidak suka merungut apabila ditimpa masalah. Dia juga sentiasa mengucapkan 'Alhamdulillah' dan tidak pernah bercakap buruk tentang orang lain.



Inilah yang membuatkan saya tertarik sehingga jatuh cinta padanya."



- Mohd Al-Adib Fahmi Harun, suami kepada penyanyi Wany Hasrita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >