Silat dan dikir barat bakar semangat Rifa'ah untuk Pesta Raya 2022
Premium
Silat dan dikir barat bakar semangat Rifa'ah untuk Pesta Raya 2022
May 16, 2022 | 5:30 AM
SILAT, dikir barat dan muzik adalah tiga elemen seni yang sudah mendarah daging dalam Rifa'ah Ridzuwanulhakim Abdol Shukor yang juga dikenali sebagai vokalis dari kumpulan 2D ini, sejak kecil.
Kalau silat merupakan kegiatan keluarga dengan bapanya, Allahyarham Abdol Shukor Rais, pernah menerajui perguruan Perguruan Seni Silat Cengkam Tumbar dan Persaudaraan Pancasakti, dikir barat pula mengisi zaman remajanya.

