Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Simon Cowell terkesima, tekan ‘Golden Buzzer’ buat remaja buta dari Indo

Jun 08, 2023 | 12:42 PM



TITISAN air mata gembira bukan sahaja membasahi pipi penyanyi remaja buta dari Indonesia, Putri Ariani, sesudah membuat persembahan pada program America’s Got Talent pada 6 Jun lalu.


Penonton dan juri yang tersentuh dengan persembahannya dan terharu apabila juri mulut ‘laser’ Simon Cowell memicit butang ‘Golden Buzzer’ juga tidak dapat menahan emosi yang meluap-luap pilu.

‘Golden Buzzer’ diberi kepada segelintir peserta yang menunjukkan persembahan luar biasa. Mereka kemudian mara ke peringkat lanjutan peraduan ini tanpa perlu melalui pusingan awal yang panjang.

Cowell begitu terpukau dengan persembahan Putri Ariani yang bercerita tentang impiannya ingin menjadi penyanyi terkenal seperti Whitney Houston di samping memenangi piala Grammy.

Kekuatan vokal Putri Ariani, 17 tahun, membuatkan Cowell dan rakan juri, Heidi Klum, Howie Mandel dan Sofia Vergara terkesima. Putri Ariani turut bermain piano.

“Cabaran terbesar saya adalah orang akan melihat saya sebagai individu buta dan bukan pemuzik. Saya berharap dapat meneruskan pengajian saya ke Juilliard di New York City. Apabila saya menyanyi, saya rasa macam bintang,” jelas Putri Ariani.

Beliau kemudian mengalunkan lagu ciptaannya sendiri sehingga ramai yang bertepuk tangan menyangkakan itu adalah lagu ciptaan orang lain. Cowell pula nampak jelas terpegun dengan matanya bergenangan air mata.

Selepas persembahan tersebut, beliau bangun daripada tempat duduknya dan berjalan ke arah Putri Ariani untuk memberitahunya betapa beliau sukakan suara gadis itu dan mahu remaja itu menyanyikan sebuah lagi lagu.

Putri Ariani kemudian berkata: “Lagu yang istimewa ini buat awak, Simon.” Beliau kemudian menyanyikan lagu Elton John, Sorry Seems To Be The Hardest Word.


Semua juri bangun dan memberi tepukan gemuruh buat Putri Ariani. Apabila Vergara bertanyakan perasaannya, gadis itu berkata: “Saya rasa cukup teruja. Saya tak percaya,” jelasnya dengan nada tidak menduga.

Vergara kemudian menambah: “Suara anda menakjubkan. Kami semua terkesima. Suara anda, anda ni macam bidadari.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >