SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

'Sinar' J. Mizan masih terpancar walau dunia glamor kisah silam

'Sinar' J. Mizan masih terpancar walau dunia glamor kisah silam

Jan 5, 2023 | 6:45 PM

'Sinar' J. Mizan masih terpancar walau dunia glamor kisah silam

PENUHI PERMINTAAN: Meskipun pada usia mencecah 70 tahun, J. Mizan bersyukur masih ada yang ingin mendengarnya menyanyi di acara minum petang di Singapura atau seberang Tambak.
PENUHI PERMINTAAN: Meskipun pada usia mencecah 70 tahun, J. Mizan bersyukur masih ada yang ingin mendengarnya menyanyi di acara minum petang di Singapura atau seberang Tambak. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

SETIAP kenangan manis dikenali ramai dan diburu peminat pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 1970-an diingati bintang veteran, J. Mizan, tanpa wujud sebarang penyesalan tempoh itu sudah berlalu pergi. Mizan, yang bakal mencecah usia 70 tahun dan popular dengan lagu Hari Ini dan Semalam, bersyukur pada usia senjanya Tuhan mengurniakannya tenaga untuk terus mencari rezeki sebagai pekerja bantuan pesakit di Hospital Ng Teng Fong. Pada waktu lapangnya, beliau lebih senang meluangkan masa bersiar-siar menghirup udara segar di luar ataupun berjalan-jalan di pusat beli-belah, ditemani isterinya yang menetap di seberang Tambak. Lantaran itu, apabila ada lamaran untuknya merakam lagu baru hasil usaha dua peminatnya - anak saudaranya Salleh Nanang dan peneraju band rok Klutz, Shafiq Kamis, Mizan menerimanya dengan hati terbuka. Setelah merakam lagu Tak Kembali dan lagu Raya pertama dalam kerjaya seninya, Raya Raya, sewaktu tempoh pandemik, lagu baru Sinar pula menemui peminat Mizan di gedung digital baru-baru ini. Baca laporan penuh wawancara beliau di akhbar Berita Harian pada Jumaat (6 Jan).

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg