Topik diikuti
Pergi ke BHkuSingapura tuan rumah acara Sesame Street Run November ini
Aug 28, 2019 | 5:53 PM
Singapura tuan rumah acara Sesame Street Run November ini
SATU acara larian bersama watak-watak Sesame Street akan diadakan buat julung-julung kalinya di Singapura pada 17 November ini.
Acara ini adalah sebahagian daripada Tour Sesame Street Run, yang dianjurkan sempena menyambut 50 tahun kartun kanak-kanak itu pertama disiarkan di kaca televisyen. Larian itu akan diadakan di Our Tampines Hub (OTH). Terdapat beberapa kategori larian yang sesuai untuk setiap peringkat umur, dari kanak-kanak hingga warga tua - lima, tiga dan satu kilometer. Pendaftaran sudah dibuka, dan akan berlangsung hingga 30 September 2019. Anda boleh mendaftar melalui lelaman sesamestreetrun.com.