Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siti bakal warnai konsert David Foster di S’pura

Jun 7, 2023 | 10:53 AM
SATU-SATUNYA BAKAT MELAYU: Konsert ‘The Hitman David Foster And Friends Asia Tour’ menampilkan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
SATU-SATUNYA BAKAT MELAYU: Konsert ‘The Hitman David Foster And Friends Asia Tour’ menampilkan Datuk Seri Siti Nurhaliza. - Foto fail
MICHAEL BOLTON: Dipaparkan sebagai salah seorang rakan baik David Foster yang menjelajah dunia dengan lagu cinta yang hit ciptaan Foster.
MICHAEL BOLTON: Dipaparkan sebagai salah seorang rakan baik David Foster yang menjelajah dunia dengan lagu cinta yang hit ciptaan Foster. - Foto fail

Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, adalah antara bintang terkemuka yang akan mewarnai konsert komposer terkenal David Foster di Pusat Seni Persembahan The Star pada 8 Ogos.

Konsert The Hitman David Foster And Friends Asia Tour itu turut menampilkan nama besar lain seperti Michael Bolton dan Peabo Bryson.

Turut serta adalah isteri Foster, Katharine McPhee dan penyanyi serta pelakon, Loren Aldred.

Konsert nostalgia itu adalah antara misi jelajah muzik Foster yang sudah memenangi 16 Anugerah Grammy termasuk tiga piala Penerbit Tahunan Terbaik. Beliau juga pernah memenangi Anugerah Emmy, Anugerah Golden Globe dan Anugerah Academy.

Foster, 73 tahun, juga dikenali sebagai insan seni yang banyak menemui bakat baru dan berpotensi serta melancarkan kerjaya artis ke tahap lebih tinggi.

Celine Dion, Josh Groban dan Michael Buble kesemuanya berjaya hasil lagu-lagu Foster. Lagu hit Foster juga tercipta untuk Whitney Houston, Michael Jackson, Rod Stewart, Stevie Wonder, Earth, Wind And Fire, Toni Braxton, Natalie Cole, Madonna dan Andrea Bocelli.

Konsert ini dipersembahkan oleh Midas Promotions.

Tiket-tiket berharga $250, $215, $185, $125, $165 (pandangan terbatas) dan $105 (pandangan terbatas) mula dijual pada 12 tengah hari, Khamis, menerusi talian, kaunter dan laman Sistic.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg