REZEKI berlakon dalam dua drama Inggeris di Channel 5, 128 Circle dan Sunny Side Up, amat dihargai pelakon serba boleh, Siti Hajar Gani.

Hajar, 48 tahun, bahkan menghargai peluang menghidupkan watak sebagai penjaja mi rebus bernama Nurul dalam 128 Circle dan pekerja sosial perubatan yang dahulunya pemain badminton bernama Nooraini Hakim dalam Sunny Side Up.