Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Siti Hajar tolak tepi usia, bukti wanita sebaya kekal lasak

Jun 25, 2023 | 05:31 AM



Minda pelakon Siti Hajar Gani dipenuhi seribu satu tanda tanya apabila ditawarkan watak lasak dalam drama saspens tentang penyamar dan pencuri identiti, Identiti.


“Mampukah saya sepak terajang? Lari sana sini dan nangis tak henti-henti? Semua ni memerah tenaga saya yang ketika itu berusia 47 tahun. Tapi pengarah Identiti, M Raihan Halim, memujuk saya dan memberi jaminan dengan berkata, ‘Kak, umur ni angka sahaja...you boleh buat!’


“Dari situlah, saya mendapat keyakinan untuk berikan yang terbaik dan hasilnya amat memuaskan. Kalau tidak asyik main peranan emak pada usia 40-an tahun ni. Saya tak ‘complain’’ tetapi Identiti memang menguji saya di luar zon selesa saya.


“Kalau saya tak ambil peranan ini, saya rasa tak dapat nak buktikan bahawa wanita sebaya dengan saya boleh bikin adegan lasak,” ujar Siti Hajar, kini 49 tahun.

Pelakon yang mula dikenali pada zaman muda belianya sebagai watak budak nakal dalam drama sosial Sayang Mona yang popular dan diingati penonton drama hingga hari ini, baru-baru ini, menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu (Siri Drama) bagi lakonannya dalam Identiti.


Menurut Siti Hajar, ini adalah kemenangan keduanya bagi kategori yang sama yang disandang 10 tahun lalu. Pada masa itu, beliau berlakon dalam drama Anakku Sayang.


“Sememangnya perjalanan seni saya jauh tetapi saya yakin kalau kita percaya pada diri, kita akan tahu erti kerja keras dan perlunya mempertingkatkan diri.

“Tak kisahlah 10 atau 20 tahun, kita boleh melihat hasilnya yang memberi kita nikmat kita tak sia-siakan bakat yang Allah pinjamkan untuk kita. Hasilnya memang lumayan,” jelasnya.

Siti Hajar gembira di Singapura, watak yang mencabar minda dan daya fizikal seperti dalam drama Identiti mampu digalas. Beliau bekerjasama dengan tiga pengarah bagi drama itu.


Selain Raihan, Zaini Nasser dan Sani Hussin turut mengarah dan memberinya perspektif berbeza dalam dunia lakonan.

Siti Hajar berasakan kerjaya sebagai pelakon ini mendorongnya menjaga penampilan diri dan kesihatan.

“Seingat saya sewaktu remaja, saya kelihatan lebih tua daripada umur saya yang sebenar. Apabila sampai usia 30-an tahun, masa seakan terhenti. Sampai sekarang ada yang kata wajah saya tak ubah-ubah.

“Kalau bersama anak saya, Haziqah Hashir, juga seorang pelakon, ada yang anggap kami macam kawan. Mestilah Haziqah akan ‘roll eyes’. Pernah kami makan bersama. Dia ambil makanan. Pelayan tanya, ‘Yang dengan awak tu kawan awak ya? Dia pelakon ’kan?


“Anak saya terpaksa menjelaskan memang pelakon tu ibunya!” ujar Siti Hajar.

Baginya, penampilan diri dan kecantikan kulit itu dijaga tanpa perlu bermewah.

“Tak ada apa-apa yang saya buat untuk nampak awet muda. Biasalah, beli produk dandanan yang murah sahaja di Malaysia sebab banyak pilihan dan bahannya halal. Selebihnya biasa-biasa sahaja. Bersenam pun ringan-ringan.

“Ini kurniaan Ilahi. Mungkin juga faktor baka sebab ibu saya yang berusia 80-an tahun tetap nampak lebih muda daripada usianya. Kita banyak bersyukur dan ceriakan hidup. Saya memang jenis yang suka ketawa, ramah dan kecoh apabila berbual dengan kenalan,” jelasnya yang sibuk dengan penggambaran drama Inggeris, Sunny Side Up dan 128 Circle serentak.


“Alhamdulillah, ada rezeki berlakon dalam drama Inggeris untuk timba pengalaman baru. Saya hanya harap dapat berlakon dalam cerita kelakar selepas ini dan mampu bikin orang ketawa.

“Impian saya lihat orang ketawa pecah-pecah perut kerana dialog atau watak saya belum tercapai. Tak mudah sebenarnya nak melawak,” katanya. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >