Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Siti Nurhaliza tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh buat kali ke-7

Apr 13, 2022 | 05:30 AM



PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43 tahun, tersenarai buat tujuh kali berturut-turut dalam 'The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims'.



Ia senarai 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.



Sejak 2016, penyanyi lagu "Biarlah Rahsia" itu diletakkan di bawah kategori seni dan budaya sejak tujuh tahun lalu.



Siti yang juga seorang usahawan jenama SimplySiti berkongsi rasa syukur menerusi Instagram (IG).



"Syukur kepada-Nya. Tiada lain yang memungkinkan pengiktirafan ini selain Allah.



"Saya terharu dan terinspirasi selama tujuh tahun. Ini kerana menjadi antara 500 umat Islam yang terpilih daripada pelbagai latar belakang, pekerjaan, golongan dan sebagainya.



"Saya hanya insan kerdil yang sentiasa bersyukur dan insya-Allah, ia menjadikan saya seorang yang lebih baik daripada sehari ke sehari," katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Ibu kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa itu percaya, beliau seperti orang lain mempunyai peranan tersendiri.



"Kena buka minda, siapa pun kita atau menjadi apa sekali pun atas muka bumi ini, jadilah insan berperanan kepada orang lain.



"Saya sentiasa berdoa menjadi salah seorang daripadanya. Ia bukan untuk kemasyhuran diri, tetapi seorang hamba Allah yang dapat berbakti dan menyalurkan hal bermanfaat demi agama, bangsa dan negara.



"Saya sedaya upaya mengambil bahagian dalam apa juga pembangunan dan aktiviti yang merapatkan saya sebagai umat Islam, mengukuhkan agama serta memperlihatkan contoh terbaik buat semua," kata Siti.



Baru-baru ini, portal The Artist Museum berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat meletakkan Siti pada tangga ke-27 daripada 100 penghibur terkemuka dunia.



Menerusi akaun Twitter @theartistmuseum, Siti pernah menggenggam 329 anugerah dari dalam dan luar negara sepanjang hampir 26 tahun bergelar anak seni.



Siti disenaraikan bersama barisan selebriti antarabangsa seperti Michael Jackson, Beyonce, Taylor Swift, BTS, Justin Bieber, Whitney Houstan, Lady Gaga dan ramai lagi.



Di bawah kedudukan Siti pula, Justin Timberlake, Usher, Nicky Minaj, Katy Pery, Jolin Tsai, Celine Dion, Bruno Mars, Selena Gomez, Alicia Keys dan Christina Aguilera.



Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang, itu menjadi artis yang paling banyak menerima anugerah sehinggakan rekodnya disenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2001 dan kekal pemegang rekod sehingga kini.



Berdasarkan catatan buku 'The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims 2022' yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre, Amman, Jordan itu, Siti tersenarai bersama individu berpengaruh seluruh dunia termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Selain Siti, seorang lagi anak seni Malaysia turut disenaraikan adalah penyanyi nasyid dan komposer, Hafiz Hamidun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >