Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Siti Sarah koma hampir 30 jam, tubuh ditiarap agar paru-paru dan oksigen kerjasama: Shuib

Aug 07, 2021 | 09:55 PM



SUDAH hampir 30 jam penyanyi Siti Sarah koma sejak dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).



Doktor memaklumkan Sarah sudah ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama.



Demikian jelas suami Sarah, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu, ketika dihubungi akhbar Harian Metro.



Shuib berkata harapan mereka sekarang adalah paru-paru Sarah boleh kembali normal dan bekalkan oksigen dalam badan.



Memandangkan Sarah kena jangkitan Covid-19, jadi paru-parunya banyak terkesan. Jantung pun sudah lemah. Mungkin sepanjang pembedahan mengeluarkan bayi pada Jumaat (6 Ogos), jantung sudah bekerja banyak.



"Difahamkan juga, ada sedikit darah beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani pembedahan.



"Setiap kali ada panggilan nombor tak dikenali masuk saya menjadi takut. Dalam masa sama saya perlu jawab sebab bimbang ia daripada doktor yang mahu mengemaskini keadaan Sarah atau berita sebaliknya," kata Shuib.



Menurut Shuib, setiap hari tanpa Sarah di sini membuatkan dirinya rindu dan hati menjadi sayu.



"Apabila rindu datang, jadi sakit, memang susah rasa. Di rumah ini saya teringat-ingat dia. Setiap sudut yang dia selalu ada, mesti teringat. Nak kawal sayu, tapi tak boleh.



"Saya selalu bercakap dalam hati dan cakap seorang diri dengan harapan dia dengar," katanya.



Dalam masa sama, Shuib meluahkan rasa terharu apabila setiap hari mendapat mesej dan kiriman gambar anak-anak tahfiz dan orang persendirian yang membaca Yasin dan doa selamat buat Sarah.



"Saya terlalu terharu apabila dalam keadaan sekarang, ada saja orang hantar gambar anak-anak tahfiz baca Yasin.



"Terima kasih banyak sebab mendoakan Sarah. Ia satu rahmat terlalu besar untuk kami.



"Memang saya hanya boleh mohon orang doakan dia, tapi tidak menjangka ada sampai buat sendiri majlis doa selamat dan bacaan Yasin.



"Saya balikkan semua doa kepada mereka. Kepada yang sedang menderita Covid-19, semoga terus tabah. Ini masa kita sama-sama doakan orang lain," katanya. - Harian Metro




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >