KUALA LUMPUR: "SAYA mohon sangat sedekahkan doa untuk dia".
Begitu kata pelawak Shuib, memohon agar semua terus mendoakan isteri tercintanya, penyanyi Siti Sarah yang masih belum sedarkan diri.
Pada Jumaat (6 Ogos), kira-kira jam 5 petang, Sarah selamat melahirkan bayi lelaki mereka yang pramatang (kandungan baru tujuh bulan) melalui satu pembedahan.
Bayi pramatang yang bernama Ayash Affan, tambah Shuib, berada dalam keadaan mantap.
"Setakat pagi Sabtu, Sarah masih lagi belum sedar. Masih lagi perlukan bantuan oksigen, cuma Alhamdulillah ada peningkatan.
"Pukul 11 malam oksigen 'drop' sampai 40 tapi pukul 2 pagi Alhamdulillah oksigen naik sampai 77 dan baru tadi doktor update oksigen Sarah 80.
"Saya harap semua yang melihat post ini terus mendoakan dia dan anak ya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat," kongsi Shuib menerusi Insta Storynya pada pagi Sabtu.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg