Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'So Stylo!' curah ilham fesyen

Pengacara dan usahawan butik, Fatin Amira, tidak rasa canggung bahkan teruja lihat semangat pereka fesyen muda
Dec 06, 2022 | 05:30 AM



DILAMAR untuk mengacara program memasak Juara Duo Memasak tetapi dirinya gelisah sebab tidak pandai memasak dan khuatir tidak tahu bahan dan rencah yang digunakan peserta.



Ditawarkan juga menjadi hos program mencipta lagu Projek Lagu yang mengetengahkan bakat nyanyian tetapi selalu berseloroh jangan memintanya menyanyi sehingga merosakkan program.



Akhirnya, apabila diminta menerajui program realiti mencari pereka fesyen terbaik So Stylo!, pelakon dan pengacara setempat, Fatin Amira Abdul Aziz, 29 tahun, berasakan inilah rancangan tepat buatnya.



Sebabnya, fesyen begitu dekat di hati Fatin yang juga seorang 'fashionista' atau pengikut setia dunia fesyen serta usahawan butik Mannequin.e di 71 Sultan Gate yang turut menawarkan khidmat tempahan dalam talian.



Fatin berkongsi dengan Berita Harian tentang keseronokan mengacara So Stylo! terbitan Ochre Pictures.



Seramai 12 pereka fesyen muda lagi berbakat bertanding dalam peraduan ini untuk mengetahui sendiri apa yang diperlukan untuk menjadi pereka fesyen setempat yang hebat.



Mereka disaring dan dipilih kerana personaliti masing-masing daripada kalangan 30 individu yang melahirkan minat menyertai rancangan itu.



Setiap minggu, selama 10 episod, mereka diuji dengan tema berbeza (daripada pakaian jalanan, sukan dan baju kurung) serta reka fesyen asli yang menepati cita rasa pengguna yang gemarkan penampilan fesyen gaya sopan atau 'modest fashion'.



Soalan (S): Apakah perasaan Fatin apabila diamanahkan mengacara 'So Stylo!'?



Fatin: Saya begitu teruja apabila penerbit So Stylo!, Ikmaliah Idi, melamar saya untuk program ini sekitar Januari lalu.



Fesyen dekat di hati saya sebab saya mempunyai butik menjual baju dan telah mengendalikan khidmat jual baju dalam talian untuk beberapa tahun.



Sewaktu kecil. saya memang suka menonton program realiti barat tentang pereka fesyen, Project Runway. Kirakan saya nak feeling macam pengacara program itu, model Heidi Klum!



Saya dulu mengacara program memasak tetapi tak pandai memasak. Kemudian jadi hos program cipta lagu dan menyanyi... nyanyi pun tak pandai.



Tapi kali ini, saya lebih berminat pada bidang fesyen dan dapat memahami terminologi teknikal fesyen yang digunakan dalam So Stylo!



Melalui program ini, saya dapat belajar daripada yang lebih mahir seperti pereka fesyen, Raffiey Nasir serta pensyarah fesyen di Maktab Seni Lasalle, Rohaizatul Azhar, yang merupakan pengadil So Stylo!



Banyak juga yang saya belajar daripada mentor program ini, Hafizah Ghazali, pengasas label fesyen mesra sekitaran.



Kadangkala saya tak tahu bahan fabrik yang digunakan seperti yang mana kain kasa rubiah dan mereka akan betulkan saya. Kami bertukar ilmu pengetahuan.



S: Apa kelebihan menjadi pengacara program ini?



Fatin: Selain dapat berkongsi ilmu dengan peserta, pengadil dan mentor, apa yang saya pelajari daripada So Stylo! dapat saya terapkan dalam saya mengendalikan perniagaan fesyen saya.



Rancangan ini bukan sahaja menekankan tentang rekaan bahkan bagaimana mengendalikan perniagaan juga. Kita belajar tentang cara kembangkan sayap ke peringkat serantau dan antarabangsa.



Persahabatan terjalin. Saya rasa tidak mudah menggabungkan karyawan fesyen dalam satu set.



Kami dapat beri ulasan yang jujur dan membina. Mood positif dalam set ini saya senangi. Ia sihat sebab setiap daripada kita ingin lihat semua yang terlibat dalam



So Stylo! menaiktarafkan kemahiran pada masa depan. Kita nak sama-sama naik.



S: Apa yang Fatin pelajari daripada semangat anak muda dalam rancangan ini?



Fatin: Saya berbesar hati dapat lihat anak muda tampil dalam peraduan peringkat nasional ini.



Masih terbayang fikiran saya ketika saya menjuarai peraduan pencarian bakat Ratu sedekad lalu.



Ia bukan proses yang mudah untuk bertanding. Kita perlu beranikan diri dan cuba nasib. Kadangkala keputusan yang diterima bukan apa yang kita nakkan.



Semangat peserta So Stylo! memang saya tabik. Kegigihan mereka luar biasa. Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad akan dikorbankan di set penggambaran untuk usahakan apa yang diperlukan bagi rekaan terbaik. Tak cukup makan, tak cukup tidur menjadi satu kebiasaan. Mereka kadangkala sudah melakukan terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.



Tak ada rezeki tetapi yang penting adalah usaha, kreativiti dan keinginan mencuba nasib walau apa pun keputusannya.



S: Apakah rancangan terbaru yang akan Fatin jayakan?



Fatin: Saya akan terlibat dalam satu lagi program memasak tetapi untuk kanak-kanak dan remaja, Ai, Ai, Cef! yang dijadualkan bersiaran sekitar Mac tahun depan.



Ia seperti Juara Memasak peringkat kanak-kanak dan remaja untuk mereka yang berusia antara sembilan dengan 14 tahun.



Penggambaran akan bermula dan yang menariknya, kakak saya, Fazlyna Abdul Aziz, akan menjadi pengacara utama rancangan ini.



Saya ada dalam satu segmen program ini dan tak sabar nak mulakan penggambaran.



Bagus budak-budak ini mula belajar memasak kecil-kecil lagi.



Jangan jadi macam saya. Sekarang baru nak belajar memasak.




► 'So Stylo!' disiarkan di Suria pada 8.30 malam setiap Selasa dan aplikasi meWATCH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >