Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Spielberg menyesal mengarah filem 'Jaws'

Jan 09, 2023 | 05:30 AM



MENYESAL tidak sudah pengarah terkenal Hollywood Steven Spielberg dibuatnya sesudah mengarah filem tentang jerung 'makan orang' Jaws pada 1975.



Dalam satu wawancara bersama stesen radio BBC Radio 4 baru-baru ini, Spielberg, 76 tahun, berkata beliau dapat tahu bahawa sesudah Jaws ditayangkan dan membawa pulang Anugerah Academy, jumlah jerung di dunia kian berkurangan.



Spielberg bahkan menambah dalam program Desert Island Discs stesen radio berkenaan bahawa beliau yakin jerung semua marah kepadanya kerana menyebabkan wujudnya fenomena penggemar kegiatan menangkap jerung yang 'menggila' selepas 1975.



Filem Jaws ini juga dipersalahkan kerana memberi gambaran yang tidak tepat mengenai jerung putih (great white shark) yang sering menjadi buruan di Amerika Syarikat.



Spielberg dikenali sebagai sutradara beberapa filem Hollywood 'pecah panggung' seperti E.T., Schindler's List dan Jurassic Park.



Ditanya tentang rumah tepi pantainya di sebuah pulau yang turut menjadi tumpuan jerung, Spielberg berkata:



"Itulah salah satu perkara yang buat saya takut...bukan takut dibaham jerung tetapi lebih pada impak terhadap spesies jerung yang semakin hari semakin pupus.



"Saya benar-benar menyesal sejujurnya bikin filem itu. Saya sudah rosakkan sesuatu."



Filem Jaws ini mengisahkan tentang jerung putih yang menyerang kota di pinggir pantai Amerika sehingga timbul populariti sukan memancing seluruh Amerika.



Kajian bahkan menunjukkan bahawa jumlah jerung raksasa menjadi semakin sedikit sepanjang pantai timur Amerika Utara selang beberapa tahun setelah Jaws ditayangkan.



Dalam wawancara radio itu, Spielberg turut membincangkan tentang filem yang isinya berkenaan separuh jalan hidupnya.



Filem mengenai perjalanannya dari kecil hingga pengenalannya pada dunia perfileman diberi judul The Fabelmans.



"Saya sebenarnya orang yang agak privet untuk menceritakan kepada ramai kisah hidup saya.



"Kini saya dalam ketakutan dan tidak boleh lari daripada melahirkan sesuatu yang datang daripada sejarah hidup saya menerusi filem ini," ceritanya lagi.



Beliau tidak pernah mendedahkan rahsia peribadinya kerana enggan dilihat sebagai bermegah dengan pencapaian peribadi.



Baginya, filem ini adalah kisah perjuangan besar yang wajar dikongsi asal sahaja beliau tidak terlalu emosi dalam mengarahnya.



The Fabelmans sudah dicalonkan bagi beberapa anugerah Golden Globes 2023 dan Anugerah Pilihan Pengkritik. Ia dibintangi Paul Dano dan Michelle Williams.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >