Pengguna Berdaftar
Sriwana bertahan 70 tahun, atasi badai seni
Pementasan tari ‘Teras. Paksi. Titik.’ bangkit nostalgia sambil angkat martabat tarian Melayu
Jan 28, 2025 | 5:30 AM
Badan seni tempatan, Sriwana, telah mengukir perjalanan seni penuh gemilang dan bermakna dalam landskap budaya dan tarian Melayu di Singapura sejak ia ditubuhkan pada 1955.
Ibarat obor yang sentiasa menyala, Sriwana telah melewati bermacam badai, demi terus menerangi dunia seni tari Melayu di Singapura dan memelihara keindahan tradisi seni ini dari generasi ke generasi selama tujuh dekad.
Laporan berkaitan
Cinta tari mekar sepanjang 40 tahun walau awalnya kurang minatJan 13, 2025 | 5:51 PM
‘Main dengan hati, resap watak ke jiwa...’ rahsia pelakon kekal bertahanDec 20, 2024 | 10:17 PM

