Premium
Sriwana kembali semarakkan drama pentas
Nama-nama popular seperti J.A. Halim, Jasmi Ahmad, Norsiah Ramly dan Nadiputra akan terajui unit drama
Sep 20, 2018 | 5:30 AM
SETELAH 18 tahun hanya memberi tumpuan kepada perkembangan seni tari, Sriwana akan mengembalikan denyutan nadi unit dramanya - cabang seni yang pernah merancakkan dunia pementasan drama oleh antara badan seni Melayu tertua di Singapura itu.
Dalam Mensyuarat Agung Tahunan (AGM) yang berlangsung Sabtu lalu di Goodman Art Centre, Sriwana telah berjaya membentuk semula jawatankuasa khusus unit drama - sesuatu yang tidak dapat dilakukan selama bertahun-tahun kerana pelbagai faktor.

