Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dapat bantuan, tapi masih berdikari - HUSSEIN ISMAIL

Strok tak matikan semangat penyanyi Pop Yeh Yeh

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



KALAU tidak kerana wabak Covid-19 yang melanda, penyanyi era pop yeh yeh, Hussein Ismail sudah mengotakan impian bergabung semula dengan Raja Dangdut Indonesia, Rhoma Irama.



Hussein, 84 tahun, yang terkenal dengan lagu Oh Poniah, Ratapan Si Anak Yatim,Jandaku dan Sumpah Abang Tak Cari Lain Mambang cukup teruja kembali ke studio merakam lagu ciptaan sahabat seninya itu.



Sebelum ini, Rhoma bekerjasama dengannya dalam proses pendigitalan dan penghasilan video karaoke lagu-lagu 'hit'-nya.



Di sebalik strok yang menyerang Hussein tahun lalu, beliau menggagahi usia senjanya dengan semangat positif yang tidak pernah pudar.



Kecekalan itulah yang menjadi basahan hidupnya yang suka berjenaka, menceriakan orang sekeliling persis zamannya menghibur peminat sejak 1965.



Hussein, yang nama sebenarnya, Syed Ali Hussein Syed Ismail Al-Masyhor, dilahirkan di Pulau Pinang, sebelum keluarganya berhijrah ke Singapura.



Beliau yang mempunyai sembilan anak dan 24 cucu pernah menetap di Kuala Lumpur tetapi kini berada di Singapura.



Ketika ditemui di majlis penyampaian habuan buat anak seni Singapura yang dibantu Kempen Kami Peduli, Hussein yang menerima bantuan $1,000 berkata:



"Alhamdulillah, saya hargai usaha pengarah urusan Life Records, Encik Osman Ariffin, menyenaraikan nama saya sebagai antara penerima habuan Kempen Kami Peduli.



"Bukan senang nak terima habuan $1,000 daripada projek amal. Doa saya agar Life Records dapat kembali mengusahakan projek rakaman lagu selepas wabak ini.



"Sebabnya, Covid-19 banyak menjejas proses rakaman anak seni termasuk saya sendiri.



"Jangkanya, saya sepatutnya kembali menyanyi kerana mendapat tawaran Rhoma Irama, sahabat lama saya. Beliau kata sudah ada lagu yang siap dan dijangka meledak buat saya.



"Nampaknya belum ada rezeki sebab wabak Covid-19 melanda. Rhoma kata, kalau diizinkan Tuhan, tahun depan, kita sambung projek bikin lagu ini.



"Saya tidak akan biarkan strok yang membuat mulut bengot dan daya penglihatan terjejas menyekat saya daripada berseni. Semangat juang saya sebagai anak seni dan bekas petinju tersemat di hati."



Sebelum ini, beliau menjalani kehidupan sihat tanpa penyakit kronik kerana aktif bersukan malah pernah bergelar ahli tinju yang mengembara sejauh Thailand untuk bertarung.



Sepanjang kerjayanya, beliau sempat merakam 27 album.



Hussein bermula sebagai vokalis pertama kumpulan The Sand Blues.



Mereka merakam album di bawah label rakaman Olympic Records. Antara lagu yang dimuatkan dalam album sulung itu adalah Bertemu Sekejap, Menyesal, Tersenyum dan Ratapan Si Anak Yatim.



Album selanjutnya memuatkan lagu Oh Poniah, Menanti Dinda dan Hamidah.



Menyingkap zaman kepopularannya dahulu, Hussein berkata:



"Asalnya keluarga memang tidak galakkan saya menyanyi. Saya datang daripada keluarga yang lebih tekankan soal agama.



"Namun, saya teruskan juga minat saya ini dan melihat lagu seperti Oh Poniah meletup. Lagu itu 'menjadi' kerana ia bersandarkan kisah sebenar gadis yang saya pernah kenali sewaktu bersekolah di Ipoh Lane.



"Adik saya kenalkan tapi dia tak sukakan saya. Saya sahaja menyimpan rasa kemudian merajuk sampai lari ke Sarawak untuk berkhidmat dalam pasukan tentera Britain."



Warna-warni hidupnya kini tersemat sebagai kenangan.



"Kadangkala perkara yang saya buat dapat tentangan daripada keluarga. Saya main tinju pun, ibu tak suka sebab khuatirkan keselamatan saya. Katanya, saya 'pukul' diri sendiri dan bahayakan nyawa sendiri, buat apa?



"Kerana tidak mahu buat dia risau, saya ikut cakap ibu dan berhenti walaupun sudah dibawa ke Bangkok untuk perlawanan. Dengan duit bertinju yang disimpan, saya dapat hantar ibu saya tunaikan haji," kongsinya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >