Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suami Syura lecur teruk susulan letupan gas di rumah

Nov 26, 2024 | 3:08 PM
Penyanyi, Syura Badron, memohon doa orang ramai setelah suaminya, Encik Muhammad Farizat Ismail, mengalami kelecuran pada muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis, pada 22 November.
Penyanyi, Syura Badron, memohon doa orang ramai setelah suaminya, Encik Muhammad Farizat Ismail, mengalami kelecuran pada muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis, pada 22 November. - Foto INSTAGRAM SYURA BADRON

Malang tidak berbau.

Suami penyanyi, Syura Badron, iaitu Encik Muhammad Farizat Ismail, 30 tahun, menerima rawatan di hospital kerana melecur teruk pada muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis, pada 22 November.

Menyusuli kejadian itu, pada 25 November, Syura, atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, 38 tahun, telah memohon doa orang ramai untuk kesejahteraan suaminya agar terus kuat melalui ujian.

“Dengan berat hati, saya ingin memaklumkan suami saya, Farizat dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk pada muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak di tempat penginapan kami di Perlis, pada malam Jumaat lalu.

“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini. Semoga ada hikmah yang baik di sebalik ujian ini, Allah Maha Baik,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian itu, Syura turut memuat naik video keadaan rumah terbabit selepas letupan tong gas yang kelihatan teruk apabila dinding dan tingkap rumah itu pecah.

Dalam masa sama, Syura menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang hebat pernah ditemuinya.

“Awak lelaki yang sangat hebat pernah saya jumpa. Dalam menahan sakit, awak masih lagi mampu tersenyum untuk saya dan anak-anak.

“Terima kasih sebab bertahan dan semoga Allah angkat sakit yang awak rasa dan diberikan kesembuhan secepatnya.

“Semoga ia jadi asbab pahala yang besar untuk awak,” kata penyanyi lagu, Nazam Berkasih itu, dalam laporan Harian Metro.

Pada 26 November, Syura memaklumkan bahawa suaminya telah kembali ke wad biasa dalam keadaan stabil.

Foto suami yang berbalut tangan, kaki dan mukanya turut dimuat naik.

“Syukur ya Allah. Terima kasih kepada yang mendoakan,” jelasnya.

Syura pernah mendirikan rumah tangga dengan Encik Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006, namun berpisah pada Ogos 2015.

Hasil perkongsian hidup dengan suami pertamanya, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, 17 tahun, Nurul Qaisara Sofia, 15 tahun dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.

Kemudian Syura bertemu jodoh dengan Farizat pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof, yang kini berusia setahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg