Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suara hati pemuzik bangsawan terakhir S’pura

Mar 1, 2024 | 5:30 AM
Encik Samsudin Yassin terus setia dengan irama Melayu tradisional yang mula dipersembahkan dalam bangsawan sekitar 1950-an.
Encik Samsudin Yassin terus setia dengan irama Melayu tradisional yang mula dipersembahkan dalam bangsawan sekitar 1950-an. - Foto ESPLANADE

Dari remaja yang cari rezeki menjual buah mata kucing di pusat hiburan malam Eastern World sekitar Geylang pada 1950-an, Encik Samsudin Yassin mempelajari selok-belok bermain muzik untuk bangsawan yang dipentaskan di situ.

Beliau teruja mempelajari bermacam-macam alat muzik daripada piano, ukelele, akordian kepada biola.

Pada usia 83 tahun kini, Encik Samsudin adalah pemuzik bangsawan terakhir yang masih ada hayatnya berbanding teman seangkatan yang sudah berpergian.

Beliau, yang pernah bermain muzik untuk Arjuna Bangsawan, Irama Semenanjung dan Seri Pemuda, akan berkongsi perjalanan seninya dalam ceramah berjudul ‘Pemuzik Bangsawan Terakhir Singapura’ sempena Gemadah - Festival Muzik Tradisional di Studio Annexe, Esplanade mulai 10 pagi pada 2 Mac ini.

Laporan lanjut di Muka 18.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg