Premium
'Sudah Berlalu' bangkitkan semangat Emma Rockers
Feb 1, 2018 | 5:30 AM

KEMBALI WARNAI DUNIA HIBURAN: Emma Rockers, yang bermula sebagai vokalis kumpulan rok Revolusi, kembali mendendangkan single terbaru, Sudah Berlalu, bagi mengubati rindu peminatnya setelah sekian lama tidak menghasilkan lagu baru. - Foto YAZRI MALIK PRODUCTIONS -
SUARA penyanyi rok Malaysia, Emma Rockers, yang pernah menganggotai kumpulan Revolusi sekitar 1980-an, sudah dua dekad tidak kedengaran mewarnai acara hiburan di seberang Tambak.
Beliau yang nama sebenarnya, Rahimah Sukor, 45 tahun, lebih kerap ditemui menyelaras artis bagi sesebuah acara amal atau hiburan hujung minggu di Singapura dan Johor.

