Sufi Rashid tunggu lagu 'rok kapak' ciptaan Edry 'meletup'
Premium
Sufi Rashid tunggu lagu 'rok kapak' ciptaan Edry 'meletup'
Dec 8, 2016 | 5:30 AM
SALING MENGAGUMI: Sedang Sufi Rashid melihat Siti Nordiana sebagai idolanya sejak kecil, Siti Nordiana pula kagum dengan suara lemak merdu Sufi ketika menyanyikan lagu rok. - Foto FARAH REZAL -
KUALA LUMPUR: DENGAN imej baru yang lebih matang dan berjambang, juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid, tampil menghiburkan pelanggan Singtel TV yang memenangi kuiz promosi FUYOHH! JOM di Hotel Parkroyal Kuala Lumpur Ahad lalu.
Dengan 2017 bakal diraikan dalam masa beberapa minggu lagi, Sufi sudah bersedia membuai jiwa peminat dengan lagu 'rok kapak' yang menggabungkan irama 'rok leleh' ala 1990-an dengan lenggok muzik masa kini.

