Topic followed successfully
Go to BHkuSufie Rashid gabung dengan penyanyi rap dalam lagu baru
Premium
Sufie Rashid gabung dengan penyanyi rap dalam lagu baru
Aug 30, 2016 | 5:30 AM
Sufie Rashid gabung dengan penyanyi rap dalam lagu baru
LEBIH RANCAK: Sufie Rashid (kanan) bergabung dengan penyanyi rap dari Negeri Sembilan, W.A.R.I.S untuk menghasilkan 'single' terbaru berjudul 'Hancur' yang mempunyai dua bahagian - satu yang menyampaikan emosi marah, dinyanyikan oleh Sufie, manakala satu lagu menyampaikan emosi sedih, disampaikan oleh W.A.R.I.S. - Foto ihsan SUFIE RASHID -
DEK mahu kelainan daripada lagu-lagu lentok yang pernah dirakamkan, penyanyi Sufie Rashid tertarik dengan lagu Hancur yang diberikan kepadanya oleh penerbit dan deejay popular dari Malaysia, DJ Fuzz.
"DJ Fuzz beritahu saya bahawa beliau mempunyai lagu yang berlainan daripada lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan dan beliau tanya sama ada saya mahu cuba menyanyikan lagu itu.

