Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sushmita abadi kenangan sebagai Ratu Universe pertama dari India

May 31, 2023 | 1:37 PM
KENANG DETIK CIPTA SEJARAH: Sushmita Sen mengenang tempoh beliau dinobatkan sebagai Ratu Universe pertama dari India pada 21 Mei 1994 di Manila, Filipina.
KENANG DETIK CIPTA SEJARAH: Sushmita Sen mengenang tempoh beliau dinobatkan sebagai Ratu Universe pertama dari India pada 21 Mei 1994 di Manila, Filipina. - Foto IANS

KENANGAN manis menjadi ratu cantik India pertama yang dinobatkan sebagai Ratu Universe masih terpahat dalam ingatan pelakon Sushmita Sen.

Beliau mengenang pencapaian 29 tahun lalu ketika baru berusia 18 tahun itu dengan memuatnaikkan foto beliau diserahkan dengan mahkota kemenangan dan mencipta sejarah buat India.

Menyusuli pencapaian itu, ramai lagi gadis lain mengikut jejak langkahnya dan menggoncang dunia sebagai wanita paling cantik dalam peraduan Ratu Universe dan Ratu Dunia. Mereka termasuk Aishwarya Rai, Diyana Hayden, Priyanka Chopra, Lara Dutta dan Harnaaz Kaur Sandu.

Sushmita, 47 tahun, menulis di Instagram mengenai lampiran foto yang dimuatnaikkan:

“Foto ini berusia 29 tahun, dirakam seorang lelaki dan jurugambar ‘epik’, Prabuddha Das Gupta.

“Beliau telah merakam secara indah wajah seorang gadis berusia 18 tahun iaitu saya.

“Katanya dengan senyuman, tahukah anda adalah Ratu Universe pertama yang saya ambil gambarnya... Saya dengan bangga menjelaskan, sebenarnya saya adalah Ratu Universe pertama India.”

Menurutnya lagi, peluang mewakili dan memenangi mahkota itu buat India adalah penghargaan terbesar buatnya. Hingga ke hari ini, beliau menitiskan air mata kesyukuran kerana peluang yang diberi kerana ia satu kenangan bersejarah yang tercipta pada 21 Mei 1994 di Manila, Filipina.

Menurut laman Indian Express, Sushmita mula menyertai peraduan Ratu India dan bersaing dengan Aishwarya Rai pada 1994.

Sushmita memenangi gelaran tersebut.

Dalam satu wawancara awal, wanita kelahiran Hyderabad, India itu berkata beliau nyaris-nyaris mengundurkan diri daripada peraduan itu selepas mendapat tahu Aishwarya menyertainya.

Namun, ibu Sushmita memarahinya dan mendorongnya untuk terus bertanding tanpa rasa gentar.

“Mak saya kata ‘okay’... kau kasi dia menang. Kalau kau rasa Aishwarya adalah wanita paling cantik di dunia, tak perlu takut. Kalau kalah pun, tak mengapa? Berikan sahaja yang terbaik,” ujar Sushmita lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg