Pengguna Berdaftar
Susuri alam semula jadi, sejarah silam M’sia
Jan 5, 2025 | 5:30 AM
Dari kaki gunung ke puncak gunung dan dari tepi tasik ke tepi sungai. Itulah antara pengalaman kami dalam satu roadtrip sembilan hari di Malaysia dari 27 September hingga 5 Oktober. Kami sudah biasa melawat Malaysia, jadi kami selitkan sedikit kelainan dalam kunjungan kali ini – melawat tempat kami tidak tahu wujud dan belajar secebis sejarah silam.
Roadtrip itu merangkumi hanya beberapa tempat di Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor, tetapi menyeronokkan, memperkaya pengalaman dan menambah pengetahuan kami, pasangan suami isteri Deli dan Painah, Kapten Asri dan Sal, Yahya dan Norah, Samadinho dan Mashita serta Salim dan Zalinah.
Laporan berkaitan
3 keluarga teroka 5 kota MalaysiaJul 24, 2024 | 2:54 PM
Mengapa bumbung rumah Minang melengkung?Jul 8, 2024 | 2:58 PM

