Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syafinaz pinjamkan suara mengilai bagi filem ‘Kami Histeria’

Dec 31, 2024 | 11:58 AM
Datuk Syafinaz Selamat tidak sangka kemahiran vokal soprano yang dimiliki turut digunakan bagi mewujudkan kesan khas suara hantu dalam filem ‘Kami Histeria’ pada 2014.
Datuk Syafinaz Selamat tidak sangka kemahiran vokal soprano yang dimiliki turut digunakan bagi mewujudkan kesan khas suara hantu dalam filem ‘Kami Histeria’ pada 2014. - Foto INSTAGRAM SYAFINAZ SELAMAT

Suara soprano, iaitu nada paling tinggi, mampu dilontarkan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, kerana beliau memang terlatih dan pakar dalam muzik klasik.

Bagaimanapun, siapa sangka suara bak buluh perindu itu, pernah digunakan bagi babak mengilai watak hantu Kak Lang, yang dimainkan pelakon Nur Fazura Sharifuddin, dalam filem Kami Histeria.

Filem seram yang diterbitkan pada 2014 itu turut dijayakan Diana Danielle, Sara Ali dan Mila Jirin. Ia mengisahkan tentang kesan misteri yang dirasakan lima gadis apabila mereka berkumpul untuk menubuhkan band bernama Histeria.

Perkara ini dikongsi Syafinaz, 51 tahun, dalam konsert keenam Gegar Vaganza 11 (GV11), yang disiarkan secara langsung dari auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 29 Disember.

Kebetulan, tema persembahan pada malam itu ialah ‘Horror, Horror’ atau lagu yang menyeramkan dalam pelbagai sudut penilaian.

“Saya pernah pinjamkan suara saya pada Fazura. Saya diperlukan mengilai, bukan menyanyi,” jelas Syafinaz yang kemudian boleh buat bulu roma berdiri apabila membuat demonstrasi mengilai di depan hadirin GV11.

Pengacara GV11, Nabil Ahmad, 41 tahun, langsung memberitahu rakan pengacara, Sherry Alhadad, 40 tahun: “Kalau Tok Naz mengilai dan aku nampak hantu macam ni, tak seramlah...aku suka!”

Sherry lantas menjawab: “Mengapa? Pasal cantik?”

Dalam satu wawancara awal di YouTube pada 2023, Syafinaz pernah menjelaskan bahawa beliau sendiri terkejut apabila dilamar bagi projek filem Kami Histeria.

“Saya ingat saya diperlukan menyanyi. Rupanya, nak minta saya jadi hantu...pinjamkan suara pada watak Fazura, Kak Lang.

“Boleh tahan lama juga saya di studio rakam kesan khas suara mengilai ni. Nak dekat dua jam baru selesai.

“Saya rasa kalau saya rakam lagu, lebih cepat,” ujarnya seraya tertawa.

Laporan berkaitan
Fazura jumpa 'Hantu Fazura'Jul 25, 2024 | 2:23 PM
Fazura tidak takut lagi...Jul 25, 2024 | 10:51 AM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg