Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS SEBERANG

Syamsul Yusof akhirnya kongsi dakwaan kemelut rumah tangganya tidak benar

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



SEJAK beberapa bulan lalu, kemelut rumah tangga mengenai pasangan artis dari Malaysia, Syamsul Yusof, hangat diperkatakan.



Ini setelah menantu kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam, mendedahkan perkahwinan mereka diganggu oleh pihak ketiga.



Baru-baru ini, timbul pula desas-desus yang mengatakan Syamsul bakal berkahwin lagi dalam masa terdekat dengan seorang wanita yang telah dikenalinya sejak empat tahun lalu.



Berita ini membuat bapa pada pelakon berusia 38 tahun itu terkejut dan mengharapkan kenyataan itu tidak berlaku.



Syamsul yang dibelenggu masalah, baru-baru ini memberikan kenyataan beliau setelah sekian lama 'melarikan diri' dari memberikan sebarang komen.



Bercakap kepada pihak penerbitan rancangan hiburan, Melodi, di TV3, beliau berkata:



"Semua artikel, kenyataan dan dakwaan yang dibaca dan apa yang dilihat di media sosial tidak benar."



Kenyataan ini telah dikongsi pengacara rancangan itu, Nabila Huda.



Demi menghormati permintaan Syamsul, pihak produksi telah bersetuju untuk tidak merakam perbualan antara mereka, tetapi dibenarkan untuk kongsi kenyataan itu.



Dalam rancangan yang sama, bapanya, Datuk Yusof, ditemu ramah dalam satu segmen di program tersebut dan diminta untuk mengulas berkenaan isu rumah tangga anak dan menantunya.



Bapanya tidak mengulas mengenai berita itu namun sedar cerita mereka sensasi di media sosial.



Beliau berkata: "Saya tidak tahu tentang hal ini dan malas nak komen lanjut.



"Saya tidak mahu komen perkara ini sebab isu ini dalam dunia mana-mana pun akan berlaku, ini perkara biasa. Sarah dan Syamsul masih suami isteri dan saya mengharapkan mudah-mudahan ramai yang bersangka baik saja," katanya.



"Saya tidak tahu apa yang berlaku, walau apa sekali pun, ini bukan urusan saya untuk campur," tambah beliau lagi ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.



Syamsul juga merupakan antara barisan pelakon yang membintangi filem tersebut, namun tidak menghadirkan diri ke acara itu.



Dalam satu insiden yang berlaku di antara Syamsul dengan seorang wartawan yang menulis untuk mStar, membuatkan penerbit-pengarah itu mengambil tindakan untuk datang secara mengejut ke pejabat mereka di Petaling Jaya, KL.



Beliau tampil ke pejabat portal berita hiburan berkenaan untuk bertemu dengan wartawan yang menulis satu artikel dengan tajuk 'Syamsul kau menyorok di mana? Puas wartawan mStar carik tapi tak jumpa'.



Tajuk ini 'mencocok' dan menimbulkan kemarahannya. Bukan itu sahaja, beliau turut merasa terkilan apabila satu lagi video oleh mereka menemu ramah bapanya di acara yang sama mengajukan soalan bertubi-tubi, membuatkan dirinya rasa kurang selesa.



"Korang kena faham, ketika ini, macam-macam ujian aku hadapi. Hal keluarga, hal rumah tangga, anak sakit… Macam-macam lah… Saya faham kerja wartawan tapi wartawan juga harus faham keadaan saya," jelas beliau ketika pertemuan itu pada Isnin lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >