Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Syarikat penerbit berita Axel Springer jalin kerjasama dengan pemilik ChatGPT

Dec 21, 2023 | 05:30 AM



Syarikat media dan teknologi dari Jerman, Axel Springer, akan bekerjasama dengan OpenAI, syarikat di sebalik chatbot ChatGPT.

Dalam perjanjian pertama seumpamanya, ia akan menyampaikan ringkasan kandungan Axel Springer sebagai respons kepada pertanyaan ChatGPT.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, apabila pengguna mengemukakan soalan kepada ChatGPT, chatbot itu akan menyampaikan ringkasan berita yang berkaitan daripada jenama Axel Springer termasuk Politico, Business Insider, Bild dan Welt.

Chatbot adalah program perisian kecerdasan buatan (AI) yang berinteraksi dan berbual dengan pengguna.

Ringkasan berita tersebut pula mengandungi bahan daripada laporan yang memerlukan langganan untuk dibaca.

Ringkasan akan memetik penerbitan Axel Springer sebagai sumber dan juga menyediakan pautan ke rumusan artikel penuh.

Ia akan tersedia di ChatGPT sebaik sahaja artikel itu diterbitkan, supaya berita terkini menjadi sebahagian daripada pengalaman pengguna, menurut Encik Tom Rubin, ketua hak milik intelektual dan kandungan OpenAI.

Kandungan Axel Springer akan diadakan pada suku pertama 2024, kata Encik Rubin.

Kandungan akan mendapat “kedudukan yang menguntungkan” dalam hasil carian ChatGPT, dengan matlamat membantu memacu trafik dan hasil langganan kepada jenama Axel Springer, menurut sumber yang rapat dengan perjanjian itu.


OpenAI juga akan membayar bagi kandungan Axel Springer yang digunakannya untuk melatih model bahasa besar yang menggerakkan ChatGPT. Kandungan itu termasuk bahan arkib, kata Encik Rubin.

Syarikat-syarikat itu tidak mendedahkan syarat kewangan perjanjian itu, yang berlangsung untuk beberapa tahun dan tidak eksklusif, menurut Encik Rubin.


“Kami mahu meneroka peluang kewartawanan yang diperkasakan AI – untuk membawa mutu, perkaitan masyarakat dan model perniagaan kewartawanan ke peringkat seterusnya,” kata Ketua Eksekutif Axel Springer Encik Mathias Doepfner, dalam satu kenyataan.


Perjanjian itu dibuat ketika penerbit mempertimbangkan mahu menyaman syarikat teknologi kerana melanggar hak cipta mereka dengan menggunakan tanpa kebenaran, kandungan mereka untuk melatih model bahasa yang besar.

Di samping membuat perjanjian dengan syarikat AI, penerbit juga mengancam litigasi atas kemungkinan pelanggaran hak cipta dan menuntut pampasan bagi kandungan yang digunakan untuk melatih model AI.

Syarikat AI pula mendapat manfaat daripada melatih model mereka mengenai maklumat terkini yang tepat, menjadikan kandungan berita sebagai sumber data latihan yang diingini.

Sistem AI seperti ChatGPT telah mempesonakan pengguna dan perniagaan dengan keupayaan mereka untuk merancang percutian, meringkaskan dokumen undang-undang dan menulis kod komputer.

Perjanjian Axel Springer adalah yang kedua antara OpenAI dengan penerbit berita utama.

Pada Julai, OpenAI memeterai perjanjian dengan Associated Press (AP), di mana AP melesenkan sebahagian daripada arkib beritanya kepada syarikat teknologi itu.


AP akan mendapat akses kepada teknologi dan kepakaran produk OpenAI sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, yang butiran kewangannya tidak didedahkan. Perjanjian AP “bukan mengenai paparan kandungan”, kata Encik Rubin. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >