Jiwa pelantun lagu, Menunggu, Syaz Smooth, atau nama sebenarnya, Syah Riszuan Huslan, kian berkobar-kobar apabila mendapati dirinya bakal berkongsi pentas dengan penyanyi berpengalaman seperti Jatt Ali, Datuk Francissca Peter dan Alia D dalam Konsert Diskorama! anjuran Esplanade.

Syaz, 19 tahun, akan mempersembahkan tiga lagu secara solo dalam konsert berkenaan, yang akan berlangsung pada 1 Januari 2025, 8 malam, di Teater Esplanade, sempena Tahun Baru.