WALAUPUN tiada jodoh antara pelakon Malaysia, Syazwan Zulkifly dengan bekas tunangnya, Syawariah Zulkifli, tiada sebab untuk beliau enggan membantu menguruskan perjalanan terakhir ibu Syawariah yang meninggal dunia kerana Covid-19 baru-baru ini.

Syazwan, 34 tahun, memberitahu laman mStar Online, beliau membantu membuat panggilan video ketika proses pengkebumian Allahyarhamha Cik Nur Fadiah Uteh, yang bertarung dengan koronavirus selama sembilan hari, berlangsung.