Premium
Taman 'bernyala' dalam gelap
Mar 3, 2016 | 5:30 AM
MENYUSUN 'BATU BERNYALA: Penuntut jurusan seni bina dari Politeknik Singapura, Cik Mirra Najihah Abdul Hashim (dua dari kiri), bersama anggota kumpulannya menyusun batu yang dipalit cat bernyala dalam gelap bagi seni pemasangan terra.glimmer untuk Pesta i Light Marina Bay 2016. - Foto TUKIMAN WARJI
AYUH berjalan-jalan di sebuah taman Jepun kecil yang akan bernyala dalam gelap di kawasan Esplanade - Teater di Pesisiran sempena Pesta i Light Marina Bay 2016.
Taman kecil tersebut yang dinamakan terra.glimmer ialah hasil rekaan seni pemasangan penuntut diploma Sekolah Seni Bina dan Alam Bina dari Politeknik Singapura (SP).

