Premium
Tangisan rindu Pon Bachik
Pelakon veteran menetap di Johor Bahru, lalui Ramadan dan Syawal jauh daripada anak-anak, menantu dan cucu tersayang susuli sekatan perjalanan akibat koronavirus
Jun 14, 2020 | 5:30 AM
Rindu hatiku tidak terkira terkenang orang yang jauh yang selalu bermain di mata ibarat kumbang rindukan bunga...
ALUNAN syahdu lirik lagu ciptaan Allahyarham P. Ramlee ini ternyata menggambarkan kerinduan yang tidak tertanggung pelakon veteran Ponisah Bachik dan anaknya Mahyonis Mahfudz terhadap insan-insan tersayang yang 'jauh di mata' kerana terpaksa berpisah bagi tempoh yang lama gara-gara sekatan berkaitan penularan Covid-19 di kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

