Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tanpa label dan bebas berkarya, Aisyah Aziz kini lebih bahagia

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



SEBUT saja nama Aisyah Aziz, ramai pengamat seni suara di Singapura dan Malaysia akan mengenalinya.



Adik juara Gegar Vaganza 8 (GV8), Aliff Aziz, ini juga sentiasa tersenyum dan peramah apabila ditegur.



Aisyah, 28 tahun, ditemui Berita Harian di lokasi raptai Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) sekitar Marina Bay baru-baru ini untuk mengetahui perkembangan terkininya.



Beliau kini tidak terikat dengan mana-mana label dan lebih senang bergerak sebagai artis bebas.



"Saya rasa lebih selesa begini. Saya dapat berkarya secara kreatif tanpa dikawal jenis lagu boleh saya nyanyikan, berapa banyak lagu dalam setahun, ini boleh cakap, itu tak boleh cakap, muzik yang tidak sebati dengan jiwa seni saya yang harus saya rakam…



"Saya tidak bahagia jika kesenian saya diatur sedemikian," katanya.



Aisyah bermula sebagai penyanyi pada usia muda dan bakatnya diiktiraf selepas pelibatannya dalam rancangan realiti mencari bakat di Malaysia, Akademi Fantasia2013.



Dari situ namanya melonjak naik dengan single pertamanya yang berjudul Mimpi, yang turut digubah oleh Faizal Tahir dan Omar K, menjadi 'hit' di Singapura dan Malaysia.



Lagu itu membawa kemenangan bagi kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu) di Anugerah Planet Muzik 2014, sekali gus mengukuhkan lagi namanya sebagai penyanyi profesional - tanpa sama sekali menumpang populariti abangnya Aliff.



Setelah itu, muncul kejayaan lagu Bila Entah, yang dirakam di bawah kontrak projek bersama syarikat pengurusan artis di Malaysia, Rocketfuel.



Bila Entah, ditulis oleh Hael Husaini dan Ezra Kong , diinspirasikan oleh kata-kata puitis serta muzik yang berbunyi klasik tetapi susunan moden.



Aisyah mempunyai impian serta mengenali muziknya sendiri dan tahu apa yang harus dilakukannya untuk terus ke depan dalam dunia muzik.



Antara nama besar dalam dunia seni Melayu yang dijadikannya idola ialah Anita Serawak dan Saloma.



Meskipun belum memenangi sebarang anugerah atau mempunyai lagu 'super hit' di corong radio atau aplikasi penstriman, Aisyah tidak hirau perlunya unsur komersil dalam lagu-lagunya kebelakangan ini.



Beliau ingin terus berkarya secara bebas dan tiada sebarang ikatan atau arahan daripada sesiapa.



Aisyah, yang memenangi anugerah Artis Terbaik Asia (Singapura) pada 2017 dalam Anugerah Muzik Asia MNET di Vietnam, melancarkan Album EP pertamanya, berjudul Sugar (The Live Extended Play), tahun lalu.



Beliau kini dalam proses merakam dan mengadun lagu buat album keduanya.



"Saya tak sabar nak kongsi pada peminat semua lagu baru dalam album kedua saya. Dalam album ini, banyak kerja tangan saya sendiri, muzik yang simple, akustik dan mudah untuk didengar.



"Saya satukan lagu-lagu bahasa Melayu dan Inggeris kali ini. Dan yang penting saya kekalkan identiti Aisyah Aziz yang sebenar," ujarnya.



Beliau mempunyai projek kolaborasi yang bakal berlaku dalam masa terdekat di Malaysia tetapi mahu merahsiakannya terlebih dahulu.



"Nanti apabila dah dekat dengan masanya, saya akan beritahu, okay!" ujarnya.



Mengenai arah tujunya sekarang, Aisyah berkata: "Saya amat menghargai diri saya yang sekarang ini selepas satu dunia berhadapan dengan Covid-19.



"Saya rasa saya perlukan sesuatu yang baru dan tampil sebagai Aisyah, seorang gadis politeknik, bermain gitar sambil melakukan 'cover'.



"Saya kembali pada Aisyah versi itu. Itulah Aisyah Aziz ketika baru mula dahulu. Buat masa inilah, saya nak mengembara dan mengenali sambil mendalami diri saya dan seni saya," katanya.



Siapakah bintang yang menjadi kolaborasi impian? Dengan pantas Aisyah jawab:



"Tulus! (merujuk kepada penyanyi Indonesia). Saya suka sangat dengan suaranya dan lagu-lagunya. Seorang lagi bintang Indonesia, Yura Yunita juga.



"Tapi saya percaya bahawa suatu hari nanti, apabila masanya sesuai dan tepat, ia akan berlaku!" katanya, penuh yakin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >