Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tanpa Stallone, bolehkah filem terbaru Rocky 'pecah panggung'?

Sylvester Stallone undur diri dari filem kerana beza pendapat
Mar 2, 2023 | 5:30 AM
PELAKON DAN PENGARAH: Michael B. Jordan yang memainkan watak Adonis Creed dalam 'Creed III', menceritakan kisah Adonis secara peribadi. - Foto-foto WARNER BROS DISCOVERY
PELAKON DAN PENGARAH: Michael B. Jordan yang memainkan watak Adonis Creed dalam 'Creed III', menceritakan kisah Adonis secara peribadi. - Foto-foto WARNER BROS DISCOVERY -

Dibuka di pawagam hari ini, Creed III merupakan filem kesembilan dalam francais Rocky, salah satu siri filem sukan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Ia adalah filem Rocky pertama yang tidak akan membintangi Sylvester Stallone sebagai Rocky Balboa, peninju kecil-kecilan yang menentang juara 'heavyweight' dunia, Apollo Creed, yang dilakonkan Carl Weathers, dalam Rocky yang memenangi Oscar pada 1976.

Stallone mengundurkan diri kerana pertikaian pemilikan yang sengit dengan penerbit filem Rocky lama, Irwin Winkler, dan juga kerana beliau tidak menyukai perubahan jalan cerita yang dilakukan oleh Winkler dan bintang filem itu, Michael B. Jordan, yang memainkan watak anak Creed, Adonis "Donnie".

Jadi, sementara dua filem 'spin off' Rocky pertama - Creed (2015) dan Creed II (2018) - menampilkan Balboa sebagai mentor Donnie, tumpuan kali ini adalah pada hubungan antara Donnie dan bekas rakan zaman kanak-kanaknya, Damian, dimainkan oleh Jonathan Majors, yang baru keluar dari penjara dan ingin membalas dendam di gelanggang.

Bagi Jordan, projek itu merupakan titik perubahan dalam hidup dan kerjayanya, menandakan kedua-dua penampilan sulungnya sebagai pengarah untuk syarikat produksinya, Outlier Society.

Pelakon berusia 36 tahun itu sudah pun menjadi bintang senarai A selepas melakonkan watak penjahat Killmonger dalam filem 'blockbuster' Black Panther pada 2018.

Beliau telah menerima perhatian bagi persembahannya dalam drama biografi Fruitvale Station (2013) dan Creed pertama.

Dalam temu bual dengan The Hollywood Reporter pada November 2022, Stallone, 76 tahun, berkata Creed III "dibawa ke arah yang agak berbeza daripada yang saya akan ambil".

"Saya suka wira saya dipukul, tetapi saya tidak mahu mereka pergi ke ruang gelap itu."

Tetapi Jordan merasakan beliau memahami watak itu pada tahap yang sangat peribadi.

"Saya membesar bersama Adonis Creed. Saya menciptanya dengan pengarah Creed, Ryan Coogler dan mendapat peluang untuk memainkannya pada masa-masa penting dalam kehidupan peribadi saya," kata pelakon itu.

"Jadi, dalam filem ketiga, untuk dapat menceritakan kisah di mana Adonis berada dalam perjalanannya terasa sangat peribadi."

Pada satu majlis anugerah yang mengiktirafnya, Jordan berkata beliau tidak menyangka akan menerima penghormatan itu kerana "sejak lebih enam bulan lalu, saya telah berkurung untuk menyelesaikan penyuntingan Creed III".

"Saya membesar bersama Adonis Creed. Saya menciptanya dengan pengarah Creed, Ryan Coogler dan mendapat peluang untuk memainkannya pada masa-masa penting dalam kehidupan peribadi saya. Jadi, dalam filem ketiga, untuk dapat menceritakan kisah di mana Adonis berada dalam perjalanannya terasa sangat peribadi." - Pelakon dan pengarah 'Creed III', Michael B. Jordan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg