Sebelum mempunyai anak, saya tidak faham mengapa ramai ibu bapa mengeluh tentang betapa sukarnya mengajar anak sendiri di rumah.

Antaranya, mereka berkata anak-anak selalu tidak serius dan tidak memberi tumpuan ketika diajar hingga mereka perlu meninggikan suara untuk mendapatkan perhatian.