Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tarikan penyanyi Amerika, Billie Eilish ke Stadium Negara

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



PADA Ahad ini, penyanyi Amerika Billie Eilish akan membuat persembahan di Stadium Negara, antara lokasi konsert terbesar di Singapura.



Ia bukan saja merupakan acara muzik pop terbesar yang akan diadakan di sini sejak pandemik melanda dan menjejas industri hiburan di sini pada awal 2020, bahkan menjadikan beliau sebagai artis termuda yang menjadi tarikan utama di stadium kebanggaan Singapura itu.



Sebelum ini, stadium yang boleh menampung 55,000 orang menjadi lokasi bagi band mampan yang memang tidak perlu diperkenalkan, antaranya seperti kumpulan Coldplay Inggeris atau ikon rok Ireland U2.



Sebelum itu pada 2015, kumpulan Inggeris-Ireland, One Direction, dengan anggota kumpulannya berusia awal 20-an.



Justeru jika anda bukan sebahagian daripada Gen Z, mungkin sukar untuk memahami mengapa Billie Eilish dianggap hebat, lebih-lebih lagi penampilannya amat sederhana - tiada ciri flamboyan seperti diva-diva Barat lain.



Pada usia 20 tahun, Eilish sudah menggenggam pelbagai anugerah, termasuk tujuh anugerah Grammy. Antara lagu popularnya ialah Bad Guy (2019) dan Happier Than Ever (2021).



Eilish, yang memulakan kerjaya muziknya ketika berusia 13 tahun, baru-baru ini meninggalkan masa remajanya.



Mungkin peminatnya masih ingat Eilish sebenarnya pernah menyanyi di Singapura - di Gardens by the Bay pada 2018.



Kira-kira setahun sebelum beliau menjadi bintang antarabangsa yang menarik perhatian, Eilish adalah antara pelakon yang membuat persembahan di Festival St Jerome's Laneway edisi 2018 di The Meadow at Gardens by the Bay.



Namun beliau tidak disenaraikan sebagai bintang utama ketika itu, bahkan diletakkan masa persembahan pada set petang.



Namun ketika itu single keduanya Ocean Eyes, yang menjadi viral selepas beliau memuat naik dalam talian pada akhir 2015.



Muzik Eilish dikatakan dekat dengan generasi muda kerana beliau cukup menentang pengkategorian yang remeh, justeru menolak diskriminasi mana-mana kumpulan berpuak.



Lagu-lagu Eilish, yang digarapnya bersama abangnya Finneas di bilik tidur di rumah ibu bapa mereka, bergenre fluid, mempunyai pengaruh daripada pop, hip-hop, rok, muzik elektronik dan banyak lagi.



Inilah sebabnya mengapa lagu-lagunya sangat popular dalam kalangan generasi muda - lagu yang membesar dengan akses segera kepada hampir semua jenis muzik.



Eilish juga diminati kerana berempati dengan peminatnya



Daripada kesihatan mental hingga imej badan, Eilish lantang tentang isu dan perjuangan yang dilalui ramai peminatnya.



Sebelum ini beliau telah bercakap tentang dismorfia badan, satu keadaan di mana seseorang menganggap penampilan mereka cacat, serta terpaksa berhadapan dengan kemurungan sejak awal remajanya.



Membesar bukanlah mudah, tetapi bagi peminat mudanya, ia memberikan keselesaan apabila mengetahui bahawa seseorang yang setaraf dengannya memahami mereka.



Eilish telah mencapai impian pemuzik untuk mencapai kejayaan komersial dan kritikal.



Pada 2020, semasa berusia 18 tahun, belaiu mencipta sejarah dengan menjadi artis termuda memenangi kesemua empat hadiah Grammy utama - Artis Baharu Terbaik, Rekod Tahun, Lagu Terbaik dan Album Terbaik.



Beliau juga pernah memenangi Golden Globe dan Oscar untuk lagu tema filem James Bond No Time To Die (2021).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >