Topik diikuti
Pergi ke BHku'Taste of Love' beri TWICE rasa jaya di Amerika
Jul 14, 2021 | 5:30 AM
'Taste of Love' beri TWICE rasa jaya di Amerika
DALAM masa setahun sahaja, kumpulan K-Pop wanita, TWICE, dikenali sebagai antara segelintir kumpulan Korea yang berjaya muncul di carta Billboard Amerika dengan lagu yang 'meletup'.
Laman Forbes melaporkan TWICE yang dianggotai sembilan gadis jelita memasuki dua carta sekali gus iaitu Billboard 200 dan Jualan Album Terlaris (dinilai daripada pembelian secara digital dan fizikal) hasil kejayaan lagu terkini mereka, Taste of Love.