Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tauke jamu Tya Arifin kongsi perjalanan puasa pertama anak

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



USAHAWAN jamu selebriti asal Palembang, Tya Arifin, berkongsi kegembiraan melihat anak sulungnya Arif Jiwa berjaya melaksanakan ibadah puasa buat kali pertama dalam beberapa video Instagram.



Arif, yang bakal mencecah usia enam tahun pada 31 Mac, sudah berpuasa penuh selama lima hari sejak Ramadan pertama.



"Puasa pertama Arif. Ah terharu! Lagi lapan hari dia enam tahun, mulanya nak cuba dulu berpuasa, kalau dia tahan sampai sehari penuh, syukur.



"Kalau tak, separuh hari pun tak apa. Macam-macam dramanya, nak 'mati'-lah, kalau orang kentutlah," kongsi Tya mengenai gelagat Arif yang pernah memenangi Anugerah Si Cilik MeleTOP ketika masih bayi kerana kecomelannya.



Menurut Tya, yang juga menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Jiwa, perkongsiannya itu dibuat untuk merakam perjalanan Arif dalam melaksanakan ibadah puasa serta memberi inspirasi buat ibu dan anak lain di media sosial.



Warganet begitu terhibur dengan gelagat Arif yang kadangkala diusik adiknya, Ara (Azzahra Jiwa) yang tidak puasa dan selalu 'menggodanya' untuk makan dengan menikmati makan tengah hari atau cemilan di depan mata Arif.



Rata-rata, warganet memuji kanak-kanak berusia enam tahun itu kerana menggagahkan semangat untuk berpuasa.



Pada awalnya, Arif kelihatan lemah dan tidak bermaya untuk menghadiri kelas tambahan sewaktu mula berpuasa.



Namun, selanjutnya apabila diajak menjalankan kegiatan seperti menonton wayang, dibawa ke kedai baju untuk mendapatkan ukuran baju kurung serta menolong ibunya menyiapkan hidangan berbuka puasa seperti ikan bakar, Arif kelihatan lebih bertenaga.



Tya bahkan menjanjikannya RM10 ($3.01) untuk setiap hari dia berjaya berpuasa.



Warganet juga memberi kata-kata menggalakkan buat Tya yang disifatkan pandai mendidik anak.



Serenitysri70 menulis:



"Alhamdulillah bagus Arif, sangat kuat dan bijak."



Whulandariwiwin pula menambah:



"Semangat Arif... anak baik, abang baik... nanti bikinkan ibu lagi puding (agar-agar)."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >