Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tawaran cuti musim sejuk Jepun dipamer di Natas

Aug 11, 2024 | 5:30 AM
Kegiatan menarik, bermain ski di Niseko, Hokkaido, Jepun.
Kegiatan menarik, bermain ski di Niseko, Hokkaido, Jepun. - Foto ST

Pengunjung yang merancang bercuti ke Jepun pada musim sejuk akan datang boleh meninjau sajian tawaran negara itu dalam satu pameran di Dewan 5 Singapore Expo pada 16-18 Ogos ini.

Pameran ‘Japan Pavilion’ itu akan dibuka sebagai sebahagian pameran pelancongan besar-besaran Natas Holidays 2024, dan akan menampilkan pameran interaktif yang menonjolkan wilayah Jepun yang berbeza serta maklumat berguna bagi pengunjung merancang pengembaraan akan datang ke Jepun semasa cuti akhir tahun.

Dari Januari hingga Jun 2024, Jepun telah menyambut kedatangan 300,000 pengunjung dari Singapura – bilangan memecah rekod yang menyumbang kepada kenaikan 18.7 peratus berbanding dengan tempoh sama tahun lalu, menurut Pengarah Eksekutif Pejabat Singapura Pertubuhan Pelancongan Nasional Jepun (JNTO), Encik Takuya Shiraishi.

“Meskipun terdapat pertumbuhan ini, banyak lagi yang boleh diterokai melebihi destinasi popular yang biasa.

“Kami mengundang semua orang untuk meneroka 47 wilayah di Jepun, setiap daripadanya menawar pengalaman serta kegiatan unik sewaktu musim sejuk.

“Musim sejuk di Jepun adalah waktu para pengunjung Jepun boleh menikmati pengalaman onsen ( mata air panas) sepenuhnya dan menghayati rasa sebenar-benarnya makanan bermusimnya.

“Sama ada anda merupakan pengunjung kali pertama atau pengunjung berulang, ini adalah peluang terbaik untuk meneroka ‘permata’ tersembunyi di Jepun dan menikmati pengembaraan yang tidak boleh dilupakan,” ujarnya.

Sedang Jepun terkenal dengan landskap indahnya pada musim sejuk, pameran tersebut berharap dapat menonjolkan perayaan meriah musim itu dan tradisi kebudayaan selain alam semula jadi yang cantik dipandang mata.

Ini termasuk program musim sejuk sesuai buat keluarga, festival salji yang seronok serta penginapan ryokan (hotel tradisional Jepun) dan pengalaman sambil dikelilingi gunung-ganang diselaputi salji.

Pameran berlangsung dari 10 pagi hingga 9.30 malam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg