Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Gaya Hidup0

Taylor Swift artis paling laris 2019

Mar 03, 2020 | 01:20 PM

LOS ANGELES - Bintang pop, Taylor Swift mendahului senarai artis yang meraih penjualan terbaik pada 2019, hasil kejayaan album bertajuk, "Lover," sekali gus menewaskan kumpulan pop Korea Selatan  popular, BTS, kata kumpulan perindustrian rakaman, IFPI pada Isnin (2 Mac).

Ini kali kedua, penyanyi dan penggubah lagu berusia 30 tahun itu telah menerajui rekod penjualan muzik sedunia. Kali terakhir beliau mengecapi penjualan terbaik adalah pada 2014 bagi album bertajuk, "1989." 

"Lover" merupakan album ketujuh Swift dan ia mengandungi lagu balada popular, bertajuk "ME!" 

Menyusul di belakangnya ialah penyanyi dan penggubah lagu dari Britain, Ed Sheeran; penyanyi rap, Post Malone dan penyanyi remaja, Billie Ellish, yang menggondol banyak anugerah utama dalam Grammy Awards pada Januari. - Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian