Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Teater Ekamatra gondol 3 anugerah teater

Feb 11, 2023 | 05:30 AM



KEJAYAAN Teater Ekamatra memenangi tiga kategori di Anugerah Teater Straits Times Life 2023 bukan sekadar pencapaiannya sendiri, malah kejayaan bagi kumpulan teater etnik minoriti yang lain, kata pengarah urusan Teater Ekamatra, Cik Shaza Ishak.



Ia memenangi anugerah bagi Pengarah Terbaik (Adli 'Alin' Mosbit); Pelakon Terbaik (Rizman Putra); dan Pereka Kostum Terbaik (Max Tan) - kesemuanya bagi pementasan Bangsawan Gemala Malam.



Malah, selain Rizman, Hafidz Rahman yang menjayakan pementasan Make Hantus Great Again, juga dinamakan sebagai calon dalam kategori Pelakon Terbaik.



Melebihi pengiktirafan yang diperoleh menerusi anugerah itu, Shaza berkata Bangsawan Gemala Malam, Berak dan Make Hantus Great Again pada 2022, telah menarik lebih 5,000 penonton ke panggung dan ini adalah satu pencapaian yang menggembirakan.



"Suara dan cerita kami penting dan kami tidak sabar memastikan ia terus dipaparkan dan didengari," kata Shaza.



Bangsawan Gemala Malam dipersembahkan di Festival Kesenian Antarabangsa Singapura (SIFA 2022) menyusun semula klasik Shakespeare, A Midsummer Night's Dream dalam suasana Nusantara, menggantikan watak pari-pari Inggeris dengan orang bunian ghaib dalam cerita rakyat Melayu.



Ini juga merupakan anugerah pertama buat pengarah teater, Adli Mosbit - yang pernah dinominasikan dalam kategori yang sama sebelum ini.



Kata pengarah yang lebih mesra dikenali dengan panggilan 'Alin':



"Memenangi Pengarah Terbaik, mengarahkan Bangsawan Gemala Malam dalam bahasa Melayu yang ditugaskan oleh Festival Seni Antarabangsa Singapura bermakna teater bahasa Melayu, khususnya Bangsawan, diiktiraf dan diterima baik di persada antarabangsa."



Menurut Rizman, ini adalah kali pertama beliau memenangi anugerah untuk kategori pelakon dan beliau berasa rendah hati atas kemenangan ini.



"Saya tidak pernah menjalani latihan teater secara formal. Saya belajar sambil bekerja, dengan memperhatikan pelakon lain. Saya belajar daripada mereka yang lebih berpengetahuan," tambah Rizman yang mempunyai sarjana dalam jurusan Seni Halus.



Rizman sudah berkecimpung dalam bidang teater sejak 1999. Pada tahun lepas, Rizman turut dinominasikan untuk watak yang dilakonkan Prism of Truth dimana beliau memainkan watak sebagai seorang pegawai polis yang serius. Wataknya dalam Bangsawan Gemala Malam ialah watak lucu yang sangat digemarinya.



"Saya diberi kelonggaran untuk mengeksperimentasi dengan watak itu. Skripnya juga sangat baik, jadi saya teruja ingin memberikan yang terbaik juga," tambahnya lagi.



Anugerah Penerbitan Terbaik Keseluruhan bagi 2022 dimenangi oleh Checkpoint Theatre dengan drama berjudul The Fourth Trimester.



Penulis drama The Fourth Trimester, Faith Ng juga telah diberi anugerah Skrip Terbaik untuk karyanya yang penuh dengan butiran yang melalui pengamatannya yang teliti, mempersoalkan kerja isteri yang tidak kelihatan dan pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh wanita. - RUBIAH MOHD




SENARAI PEMENANG UNTUK ANUGERAH TEATER STRAITS TIMES LIFE 2023



PRODUKSI TAHUN 2022: The Fourth Trimester (Checkpoint Theatre)



PELAKON WANITA TERBAIK: Arielle Jasmine Van Zuijlen - The Almighty Sometimes (Singapore Repertory Theatre)



PELAKON LELAKI TERBAIK: Rizman Putra - Bangsawan Gemala Malam (Teater Ekamatra)



PENGARAH TERBAIK: Aidli 'Alin' Mosbit - Bangsawan Gemala Malam (Teater Ekamatra)



KOSTUM TERBAIK: Max Tan - Bangsawan Gemala Malam (Teater Ekamatra)



PENATA CAHAYA TERBAIK: Alberta Wileo - I And You (Gateway Arts)



BUNYI TERBAIK: Cyril Barbessol - C-o-n-t-a-c-t (Singapore Repertory Theatre)



SET TERBAIK: Eucien Chia - The Almighty Sometimes (Singapore Repertory Theatre)



KUMPULAN TERBAIK: Pulau Ujong (Wild Rice)



SKRIP ORIGINAL TERBAIK: Faith Ng - The Fourth Trimester (Checkpoint Theatre)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >