Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

PREVIU PERINGKAT AKHIR GEGAR VAGANZA 8

Teka-teki siapa juara GV8...

Ketua Juri Ramli MS ingin lihat peserta capai keupayaan tertinggi
Jan 18, 2022 | 05:30 AM



DEBARAN kian memuncak bagi enam bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) yang bakal berentap kemahiran vokal pada peringkat akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad ini.



Melihat pada persembahan peringkat separuh akhir kelmarin, ketua juri, Datuk Ramli MS, menyatakan payah meramalkan siapa yang akan menjadi juara GV8 dan sekali gus membawa pulang RM100,000 ($32,238) sebagai ganjaran.



Katanya dalam sidang media selepas konsert minggu kesembilan yang distrim secara langsung di YouTube:



"Sukar diramalkan siapa akan jadi juara. Sesiapa sahaja malahan boleh dinobatkan sebagai juara walaupun saya lihat ada dua nama yang bermain di fikiran tetapi tidak boleh saya beritahu.



"Terus terang saya melihat Aweera dua hari lepas (semasa latihan separuh akhir), dia 'pijak' semua."



Menurut Ramli lagi, apa yang beliau harapkan sebagai kriteria bergelar juara adalah setiap bintang dapat sampai siling atau kemampuan tertinggi mereka dalam penyampaian vokal.



"Apa-apa kemampuan yang mereka miliki, mereka perlu tunjukkan dan persembahkan. Kadangkala kita tetapkan jangkaan tahap tertinggi buat mereka, katakan 10... kalau mereka beri sembilan atau lapan, saya terima," jelasnya.



Bagaimana agaknya persembahan setiap finalis GV8 yang diberi amanah besar melaksanakan tugasan lagu solo, duet serta pusingan 'battle' di mana mereka bertarung rap dengan satu sama lain?



Berita Harian memberi pengamatan kekuatan dan kelemahan setiap bintang.



AWEERA



Dalam pusingan solo, Aweera, 30 tahun, akan mendendangkan lagu band 1960-an, The Four Seasons, Beggin' yang dihasilkan pada 1967 oleh Bob Gaudio dan Peggy Farina.



Beliau juga akan berduet lagu 'hit' Aina Abdul, Sepi, bersama naib juara GV4, Liza Hanim.



Di pusingan 'battle', Aweera akan berentap dengan Aliff Aziz dalam lagu Aman RA, Bangun.



Kekuatan: Suara dan staminanya bagi lontaran nota tinggi. Personalitinya yang mudah tersenyum ketika membuat persembahan mengundang sokongan peminat. Beliau menyanyi dari hati.



Agak menarik untuk melihatnya menyanyi lagu 'orang lama' (The Four Seasons) pada peringkat akhir nanti. Rasanya, Liza Hanim, sebagai bintang 'powerhouse', dapat mengalirkan tenaga vokalnya untuk pacu semangat Aweera.



Kekurangan: Juri telah beberapa kali merasakan Aweera memiliki vokal yang baik yang harus dikeluarkan lebih lagi.



Kadangkala terasa beliau macam segan-segan melontar suara emasnya itu atau tampak kurang yakin bahawa beliau miliki pesona bintang rok.



Menurut Ramli, walaupun irama rok adalah 'makanan' Aweera, ada minggu di mana beliau tidak memanfaatkan kelebihannya itu untuk memberi persembahan terbaik.



NIKKI PALIKAT



Alumni Malaysian Idol ini akan menyanyikan lagu penuh emosi Datuk Sudirman Haji Arshad, Terasing serta berduet dengan juara AF Megastar, Idayu, dalam lagu Mengapa (nyanyian asal Nicky Astria).



Nikki, 36 tahun, dan Suki Low pula akan bertarung dalam pusingan 'battle' menerusi lagu tular Psy, Gangnam Style.



Kekuatan: Suara nada 'bulatnya' itu mempesona khususnya bagi lagu malar segar dan dansa. Boleh dikatakan suaranya terbaik di GV8. Sudah beberapa kali di tangga teratas peraduan.



Jika sebelum ini beliau di tangga pertama dengan lagu Gelombang (nyanyian Salamiah Hassan), dapat dibayangkan penghayatannya yang mendalam bagi lagu Terasing.



Nikki mempunyai kecekalan kerana masih mampu memberi yang terbaik walaupun persiapan bagi peringkat separuh akhir tidak mencukupi memandangkan beliau dirawat di hospital kerana terlalu penat.



Kekurangan: Tidak semua lagu memerlukan Nikki melontar tinggi vokalnya atau ingin mengikuti gaya penyanyi asal.



Beliau perlu lebih relaks dan hiburkan hatinya sendiri dan peminat agar tidak terasa begitu tegang di pentas.



Kalau sebelum ini Nikki menyanyikan lagu Mandarin, bagaimana situasinya apabila beliau perlu berbahasa Korea dalam lagu Gangnam Style dan menari sambil bertarung vokal dengan saingan terdekatnya, Suki?



ALIFF AZIZ



Penyanyi dan pelakon asal Singapura ini merupakan juara Anugerah 2007 di Singapura.



Aliff, 30 tahun, bakal mendendangkan lagu Sampai Syurga, nyanyian asal Faizal Tahir serta bergandingan dengan Hafiz Suip dalam lagu Dealova nyanyian asal Once Mekel.



Kekuatan: Sememangnya, kalau diberi lagu balada yang mampu membuai seseorang ke zon awang-awangan, itulah kelebihan Aliff.



Beliau memiliki pakej, jenama dan personaliti yang dekat di hati peminatnya. Ditambah kelembutan berbicaranya dan penemuan ketenangan hidup yang dilalui, masa depannya dapat dilihat cerah.



Diharap Aliff lebih cekal mengharungi liku-liku hidup dan kecaman warganet yang tidak putus-putus.



Kekurangan: Warna suara Aliff perlu dipelbagaikan agar persembahan tidak kelihatan mendatar. Perlu ada keyakinan keluar dari zon selesa untuk menambah momentum persembahan.



AZAN SCAN



Vokalis 49 tahun ini boleh dianggap 'underdog' dalam peraduan atau seseorang yang tidak dijangka akan menyerlah ke peringkat akhir.



Beliau akan menyanyikan lagu Bumiputra Rockers, Seribu Tahun Takkan Mungkin, dan lagu duet Dilema 03 (nyanyian asal Datuk Nora dan Vince) bersama Shiha Zikir.



Kekuatan: Pengalaman membuat persembahan bertahun lamanya dan suaranya yang kedengaran muda dan malar segar.



Kekurangan: Stamina bagi lagu yang memerah tenaga serta daya tarikan dan kreativiti persembahan.



ADIBAH NOOR



Ramai yang menanti-nantikan suara emas Adibah, 51 tahun, berkumandang setiap minggu.



Beliau akan menyanyikan lagu legenda S. Effendi, Seroja, serta lagu runut bunyi animasi Tarzan, Kau Di Hatiku bersama penyanyi asalnya, Datuk Zainal Abidin.



Kekuatan: Vokal luar biasanya, keselambaan dan daya hiburnya di pentas yang kadangkala disisip humor serta sebutan yang jelas.



Kekurangan: Pelaksanaan persembahan yang kadangkala tidak 'menjadi', serta kostum yang adakalanya tidak sesuai.



Sebagai satu kelainan, nantikan Adibah bertarung dengan Azan dalam lagu 4U2C, Kami Rappers.



SUKI LOW



Tidak dapat dinafikan Suki, 32 tahun, merupakan peserta yang dapat menambat hati penonton sejak zaman beliau belasan tahun lagi ketika dipilih sebagai juara One In A Million di mana RM1 juta dimenanginya untuk pembangunan kemahiran muzik dan vokal serta kemajuan kerjayanya dan rakaman album.



Beliau kembali menyengat di pentas GV8 dan meraih kumpulan peminat baru. Pada pusingan akhir hujung minggu ini, Suki akan menyanyikan lagu Titanium (David Guetta menampilkan Sia) serta duet bersama Shila Amzah dalam lagu Jera (nyanyian asal Agnes Monica).



Kekuatan: Keupayaan dan keberanian menyesuaikan diri dengan pelbagai genre muzik - baik balada, 'rap' rok, K-Pop, disko, dansa dan irama Melayu. Paling versatil malahan bak bikin konsert mini sendiri. Papar keupayaan main piano sambil bernyanyi. Mempunyai sebutan jelas. Nampak kerja kerasnya dan kesediaan mencuba. Paduan suaranya bersama Shila dinanti-nanti kerana kedua-duanya dikenali memiliki suara harmoni yang hebat. Begitu juga pusingan 'battle' bersama Nikki di mana kedua-duanya perlu menguasai bahasa Korea yang dilontar laju.



Kekurangan: Penghayatan emosi dan stamina kadangkala pasang surut dengan pelaksanaan persembahan kadangakala terjejas. 




  • Peringkat akhir GV8 akan bersiaran di Astro Ria (Saluran Singtel 608) mulai 9 malam, Ahad ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >