Tekad luar biasa Andmesh Kamaleng selepas pemergian ibu bapa, kakak
Premium
Tekad luar biasa Andmesh Kamaleng selepas pemergian ibu bapa, kakak
Jan 17, 2020 | 5:30 AM
GAGAHKAN SEMANGAT: Penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng, yang popular dengan lagu 'Cinta Luar Biasa', berusaha memberikan yang terbaik dalam kerjayanya meskipun bergelut dengan emosi kehilangan ibu bapa dan kakak tersayang yang meninggal dunia satu demi satu. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
KEHEBATAN lagu Indonesia, Cinta Luar Biasa, yang didendangkan juara peraduan realiti Rising Star Indonesia (Musim Kedua), Andmesh Kamaleng, memang tidak dapat dinafikan.
Hingga ke hari ini, versi sadurannya sudah pun dibawa ke pentas gah Gegar Vaganza 6 (GV6) oleh juara pertandingan tersebut, Hady Mirza.

