Teknologi 2023: Peluang dan ancaman dalam kehidupan warga
Dengan 2023 kian hampir ke penghujung dan 2024 bakal muncul tidak lama lagi, inilah masa merenung kembali bagaimana teknologi telah mengubah kehidupan warga khususnya di negara ini. Daripada kecerdasan buatan generatif (Gen AI) hingga ke penggunaan robot dalam pekerjaan, pelbagai perkembangan teknologi berlaku sepanjang 2023. BERITA HARIAN mengimbau sekilas aliran, trend dan berita teknologi menarik sepanjang 2023 dan meninjau perkembangan yang dijangka menjadi perhatian warga pada 2024.
INOVASI: Teknologi akuakultur membolehkan ladang ternak ikan hasil kerjasama Aqualita Ecotechnology dan Majlis Bandaran Tampines ditempatkan di estet kejiranan. - Foto ZAOBAO
TEKNOLOGI BARU: Teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka terus memberi kesan dalam kehidupan warga. - Foto REUTERS
KILANG CANGGIH: Pembuat kenderaan Korea Selatan Hyundai baru-baru ini merasmikan Pusat Inovasi Kumpulan Hyundai Motor Singapura (HMGICS) di Jurong, sebuah pusat serba canggih yang memanfaatkan pelbagai teknologi baru seperti robotik, sistem pemantauan dan kecerdasan buatan (AI). - Foto HYUNDAI

Singapura telah meletakkan dirinya di barisan hadapan pembangunan bandar pintar, memanfaatkan kemajuan teknologi untuk meningkatkan kehidupan di bandar dan mempermudah urusan warga dengan pemerintah.
Sepanjang 2023, negara ini juga telah memperkukuh langkah besar dalam melaksanakan huraian termaju untuk perancangan bandar dan peningkatan daya penghasilan.