Premium
Teknologi canggih perkasa dunia hiburan
Aug 27, 2017 | 5:30 AM

KELIHATAN REALISTIK: Hologram penyanyi Indonesia Raisa (kiri) kelihatan mendampingi rakan duetnya, Isyana Sarasvati, dalam acara Anugerah Pilihan Indonesia pada Mei lalu. Raisa tidak hadir kerana majlis pertunangannya. - Foto NETS TV -
TANPA memerlukan si penyanyi di sisi, sesebuah konsert atau persembahan masih mampu dilakukan tanpa sebarang kegenjotan.
Dunia hiburan masa kini malah dikejutkan dengan kewujudan imej hologram penghibur yang sudah meninggal dunia seperti mendiang Whitney Houston dan Michael Jackson. Imej mereka menyanyi yang terakam daripada persembahan sewaktu hayat mereka itu dipancarkan dalam konsert sanjungan khas.

