Ramai yang mungkin tidak berani bercita-cita tinggi kerana kelulusan yang ada dilihat masih jauh untuk pendakian ke tangga menara gading.

Cik Habibah Abdul Rahim, 34 tahun, pernah menjadi antara yang seperti itu – beliau mulanya hanya menerima sahaja apa yang mampu tercapai di depan mata berbekalkan sijil GCE peringkat ‘N’ yang beliau ada.