Pernah terfikir bagaimana pengalaman menaiki penerbangan jarak jauh boleh menjadi lebih selesa?

Singapore Airlines (SIA) memperkenalkan pengalaman perjalanan baharu yang merangkumi tempat duduk dan kemudahan kabin yang diperbaharui bagi empat kelas penerbangannya.

Dengan pelaburan lebih $2 bilion, penumpang boleh menjangkakan pelbagai ciri baharu yang beri lebih keselesaan, privasi dan kemudahan sepanjang penerbangan.

Selain tempat duduk baharu, SIA turut menaik taraf sistem hiburan dalam pesawat, pilihan makanan dan minuman serta kemudahan di lapangan terbang.

Berikut antara perubahan menarik yang bakal diperkenalkan:

Kabin kelas pertama baharu SIA memperkenalkan katil kembar terbesar dalam penerbangan komersial, berukuran 80 inci panjang dan 60 inci lebar apabila kedua-dua tempat duduk digabungkan. Kru kabin SIA akan menyediakan katil rata sepenuhnya dengan cadar kapas 100 peratus, selimut tebal dan pilihan bantal.
Kabin kelas pertama baharu SIA memperkenalkan katil kembar terbesar dalam penerbangan komersial, berukuran 80 inci panjang dan 60 inci lebar apabila kedua-dua tempat duduk digabungkan. Kru kabin SIA akan menyediakan katil rata sepenuhnya dengan cadar kapas 100 peratus, selimut tebal dan pilihan bantal. - Foto SINGAPORE AIRLINES

1. Kelas pertama: Tempat duduk boleh dijadikan katil kembar

Bagi penumpang kelas pertama, kabin baharu direka untuk menawarkan ruang yang lebih peribadi.

Setiap tempat duduk dilengkapi pintu gelangsar yang boleh ditutup bagi memberikan lebih privasi.

Selain itu, dua tempat duduk di bahagian tengah boleh digabungkan menjadi sofa untuk dua penumpang ketika berehat.

Tempat duduk itu juga boleh diubah menjadi katil besar yang berukuran 80 inci panjang dan 60 inci lebar ketika waktu tidur.

Penumpang turut boleh menikmati hidangan bersama teman menggunakan meja khas yang cukup luas untuk dua orang.

Antara kemudahan lain termasuk skrin sentuh 4K berukuran 32 inci, fon kepala wayarles (wireless headphones) jenama Bang & Olufsen serta ruang simpanan peribadi.

Tempat duduk kelas perniagaan baharu SIA dilengkapi reka bentuk ergonomik yang dipertingkatkan serta membolehkan tempat duduk disandarkan dengan lebih lancar, pelarasan yang menyokong bahagian belakang, kaki dan tubuh penumpang bagi memberikan keselesaan lebih baik.
Tempat duduk kelas perniagaan baharu SIA dilengkapi reka bentuk ergonomik yang dipertingkatkan serta membolehkan tempat duduk disandarkan dengan lebih lancar, pelarasan yang menyokong bahagian belakang, kaki dan tubuh penumpang bagi memberikan keselesaan lebih baik. - Foto SINGAPORE AIRLINES

2. Kelas perniagaan: Lebih ruang untuk berehat

Bagi kelas perniagaan, tempat duduk baharu direka dengan mengambil kira keselesaan penumpang ketika bekerja, menjamu selera atau tidur.

Setiap tempat duduk dilengkapi pintu gelangsar bagi memberi lebih privasi.

Penumpang juga boleh menurunkan pembahagi di bahagian tengah jika ingin berkongsi ruang dengan teman perjalanan.

Tempat duduk itu juga boleh diubah menjadi katil penuh sepanjang 79 inci dan lebar sehingga 24 inci.

Satu ciri menarik ialah reka bentuk meja yang boleh disimpan pada sudut tertentu bagi memberikan lebih ruang untuk kaki ketika penumpang baring.

Tempat duduk itu turut dilengkapi sokongan belakang dan kaki yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan masing-masing.

Untuk hiburan, penumpang boleh menikmati skrin sentuh 4K hingga 22 inci serta menyambungkan fon kepala peribadi menerusi Bluetooth.

Tempat duduk kelas ekonomi premium baharu SIA menawarkan jarak antara tempat duduk sejauh 40 inci, dengan reka bentuk ergonomik untuk keselesaan lebih baik sepanjang penerbangan jarak jauh. Tempat duduk ini boleh disandarkan sehingga sembilan inci.
Tempat duduk kelas ekonomi premium baharu SIA menawarkan jarak antara tempat duduk sejauh 40 inci, dengan reka bentuk ergonomik untuk keselesaan lebih baik sepanjang penerbangan jarak jauh. Tempat duduk ini boleh disandarkan sehingga sembilan inci. - Foto SINGAPORE AIRLINES

3. Kelas ekonomi premium: Lebih ruang untuk kaki

Penumpang kelas ekonomi premium juga boleh menikmati beberapa peningkatan pada tempat duduk baharu.

Antaranya ialah jarak antara tempat duduk sebanyak 40 inci, kusyen lebih empuk serta kemasan kulit premium.

Tempat duduk ini turut dilengkapi penyandar kepala yang boleh dilaraskan dalam empat arah serta sokongan kaki dan tapak kaki yang boleh disesuaikan.

Bagi memudahkan penumpang, terdapat ruang simpanan peribadi untuk meletakkan barangan seperti komputer riba dan botol air.

Meja kecil khas untuk minuman dan snek juga disediakan supaya penumpang tidak perlu membuka meja makan sepenuhnya.

Selain itu, terdapat lampu membaca peribadi yang boleh dilaraskan serta pemegang telefon atau tablet untuk mereka yang ingin menonton kandungan tanpa perlu memegang peranti.

Skrin hiburan 4K sehingga 16 inci turut disediakan.

4. Kelas ekonomi: Tempat duduk dengan ciri keselesaan tambahan

Tempat duduk kelas ekonomi baharu SIA dilengkapi kusyen ergonomik, penyandar kepala yang boleh dilaraskan dalam empat arah serta mekanisme sandaran tempat duduk yang diperbaharui bagi memberikan lebih ruang untuk kaki.
Tempat duduk kelas ekonomi baharu SIA dilengkapi kusyen ergonomik, penyandar kepala yang boleh dilaraskan dalam empat arah serta mekanisme sandaran tempat duduk yang diperbaharui bagi memberikan lebih ruang untuk kaki. - Foto SINGAPORE AIRLINES

Bagi mereka yang memilih kelas ekonomi, tempat duduk baharu turut menerima beberapa peningkatan.

Antaranya ialah kusyen ergonomik, penyandar kepala yang boleh dilaraskan dalam empat arah serta reka bentuk tempat duduk yang memberikan lebih ruang untuk kaki.

Penumpang juga boleh menikmati sistem hiburan KrisWorld menerusi skrin sentuh 4K bersaiz hingga 13 inci.

Satu ciri tambahan ialah skrin kedua yang memaparkan maklumat perjalanan seperti status sambungan Wi-Fi dan ketersediaan tandas.

Setiap tempat duduk turut dilengkapi port pengecasan USB-C, ruang simpanan kecil di bawah skrin, pemegang cawan dan penyangkut kot.

Sistem hiburan KrisWorld generasi baharu akan diperkenalkan dengan lebih 2,500 pilihan hiburan, paparan 4K, audio spatial dan sambungan fon kepala Bluetooth. Penumpang juga boleh menikmati akses internet berkelajuan tinggi menerusi teknologi Starlink pada pesawat yang dilengkapi kemudahan tersebut.
Sistem hiburan KrisWorld generasi baharu akan diperkenalkan dengan lebih 2,500 pilihan hiburan, paparan 4K, audio spatial dan sambungan fon kepala Bluetooth. Penumpang juga boleh menikmati akses internet berkelajuan tinggi menerusi teknologi Starlink pada pesawat yang dilengkapi kemudahan tersebut. - Foto SINGAPORE AIRLINES

5. Lebih 2,500 pilihan hiburan dalam pesawat

Selain tempat duduk baharu, SIA turut memperkenalkan sistem hiburan dalam penerbangan KrisWorld generasi seterusnya.

Sistem ini menawarkan lebih 2,500 pilihan hiburan termasuk filem dan rancangan televisyen.

Penumpang boleh menikmati paparan resolusi 4K, teknologi audio spatial serta menyambungkan fon kepala peribadi menerusi Bluetooth.

Antara ciri lain termasuk antara muka baharu serta fungsi pemperibadian yang membolehkan penumpang menyesuaikan pengalaman hiburan mengikut pilihan masing-masing.

Bagi mereka yang ingin terus berhubung sepanjang penerbangan, SIA juga akan menawarkan sambungan internet berkelajuan tinggi menerusi teknologi Starlink pada pesawat yang dilengkapi kemudahan tersebut.

Ini membolehkan penumpang menstrim kandungan, berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan serta bekerja menggunakan peranti peribadi.

Penumpang akan menerima kit kemudahan baharu mengikut kelas kabin, dengan produk daripada jenama antarabangsa seperti SISLEY, BYREDO dan INK & WATER, manakala penumpang kelas ekonomi akan menerima beg kecil berisi keperluan perjalanan.
Penumpang akan menerima kit kemudahan baharu mengikut kelas kabin, dengan produk daripada jenama antarabangsa seperti SISLEY, BYREDO dan INK & WATER, manakala penumpang kelas ekonomi akan menerima beg kecil berisi keperluan perjalanan. - Foto SINGAPORE AIRLINES

6. Pilihan makanan dan kit kemudahan baharu

Pengalaman menjamu selera dalam pesawat turut dipertingkatkan dengan lebih 100 hidangan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut baharu atau yang diperbaharui merentasi semua kelas kabin.

Dari segi kemudahan peribadi, penumpang boleh menjangkakan kit kemudahan baharu daripada beberapa jenama antarabangsa.

Ini termasuk produk SISLEY bagi Suites dan kelas pertama, BYREDO bagi Business Class serta INK & WATER bagi kelas ekonomi premium.

Bagi penumpang kelas ekonomi pula, mereka akan menerima beg kecil koleksi khas yang mengandungi beberapa keperluan perjalanan.

Ruang istirahat SilverKris akan dinaik taraf dengan pelaburan lebih $130 juta bagi menyediakan lebih banyak tempat duduk, pilihan makanan serta ruang bekerja dan berehat.
Ruang istirahat SilverKris akan dinaik taraf dengan pelaburan lebih $130 juta bagi menyediakan lebih banyak tempat duduk, pilihan makanan serta ruang bekerja dan berehat. - Foto FAIL

7. Ruang istirahat SilverKris turut dinaik taraf

Bukan sahaja pengalaman dalam pesawat yang diberi perhatian, SIA juga turut memperbaharui ruang istirahat SilverKris di lapangan terbang.

Dengan pelaburan lebih $130 juta, ruang istirahat ini akan diperluas dan dinaik taraf bagi menyediakan lebih banyak tempat duduk, pilihan makanan, ruang bekerja dan kawasan untuk berehat.

Di Singapura, penumpang kelas pertama yang menggunakan ruang istirahat SilverKris juga boleh nikmati pengalaman jamu selera dengan perkhidmatan penuh, sama seperti di The Private Room.

Bagi penumpang Suites dan kelas pertama, terdapat juga perkhidmatan tambahan di Lapangan Terbang Changi seperti laluan imigresen dan pemeriksaan keselamatan keutamaan serta khidmat concierge.

Khidmat ini turut merangkumi bantuan menyambut penumpang dan perkhidmatan buggy antara lokasi terpilih di lapangan terbang, tertakluk kepada ketersediaan.

Produk kabin baharu SIA akan diperkenalkan secara berperingkat mulai separuh kedua 2027.
Produk kabin baharu SIA akan diperkenalkan secara berperingkat mulai separuh kedua 2027. - Foto FAIL

Produk kabin baharu SIA dijadualkan diperkenalkan secara berperingkat mulai separuh kedua 2027.

Ia akan dipasang pada 41 pesawat Airbus A350-900 jarak jauh dan A350-900ULR yang menjalani kerja naik taraf, serta pesawat Boeing 777-9 baharu.

Pesawat Boeing 777-9 akan menampilkan semua kelas kabin baharu.

Bagi pesawat A350-900 jarak jauh yang dinaik taraf pula, tempat duduk kelas perniagaan baharu akan diperkenalkan, manakala kelas pertama akan ditawarkan buat kali pertama pada pesawat A350-900ULR.

Maklumat lanjut boleh didapati di: www.singaporeair.com/new-travel-experience/.