Mendengar Abadi, lagu dendangan penyanyi muda Indonesia, Ziva Magnolya, membuatkan penulis membayangkan diri ini menaiki kereta yang berjalan di lorong-lorong sepi desa yang dikelilingi bukit-bukau.

Cukup menenangkan iramanya, bagaikan bermimpi yang indah-indah sahaja di fikiran.